Universiti Malaya Kini Di Tangga Ke-56 QS World University Rankings 2027

Pencapaian ini meletakkan UM di dalam 3.7% universiti terbaik dunia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Malaya (UM) telah berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR)

UM telah berjaya meningkat dua anak tangga daripada kedudukan ke-58 kepada ke-56 dunia.

Pencapaian ini telah mengukuhkan kedudukan UM sebagai universiti terbaik di Malaysia dan meletakkan universiti itu di dalam 3.7% universiti terbaik dunia.

SAYS.com
Image via Malaysia Gazette

Menurut laporan dari Harian Metro, UM kini di tempat pertama dalam institusi Malaysia bagi indikator Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Keberhasilan Kebolehpasaran dan Kelestarian.

Di peringkat global, universiti ini berada di tangga ke 56, ke-61, ke-184 dan ke-166 bagi keempat-empat indikator tersebut.

Bagi mengukuhkan kedudukan global UM, kedudukan untuk Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (ke-125) dan Pelajar Antarabangsa (ke-153) turut berjaya dicapai.

SAYS.com
Image via Uni Enrol Articles

Pencapaian ini disifatkan sebagai pencapaian terbaik universiti dan detik yang bersejarah

Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman menyifatkan pencapaian ini adalah yang terbaik universiti dalam QS WUR yang membanggakan institusi dan signifikan kepada negara.

"Ia adalah hasil sebuah universiti yang memilih disiplin berbanding sikap berpuas hati, pelaksanaan berbanding retorik serta tekad bersama berbanding kebiasaan konvensional semata-mata," katanya.

SAYS.com

Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman

Image via Business Today

Beliau juga menambah kejayaan ini mencerminkan kekuatan sebuah institusi yang berpaksikan misi dan nilai yang didukung oleh kerja keras dan komitmen ahli akademik, penyelidik, pelajar, kakitangan dan pasukan kepimpinannya.

"Ia membuktikan bahawa apabila visi strategik disertai kejelasan, kesepaduan, keberanian dan tindakan yang berterusan, Universiti Malaya bukan sekadar mengambil bahagian dalam landskap pendidikan tinggi global, malah turut mencorakkannya," katanya.

QS World University Rankings 2027 telah menilai 8,808 institusi di seluruh dunia, termasuk 32 dari Malaysia. Dalam semua yang dinilai hanya 1,504 institusi disenaraikan dalam ranking akhir merentasi 106 lokasi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: