Usia Bukan Penghalang, Usahawan Umur 37 Tahun, Eunice Wong Dinobat Miss Universe Malaysia 2026
Bakal mewakili Malaysia ke Puerto Rico untuk acara terulung Miss Universe 2026.
Cover image via BERNAMAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usia bukan penghalang untuk Eunice Wong mengejar impian
Eunice Wong seorang usahawan 37 tahun kini telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026.
Dilaporkan BERNAMA, Wong telah menewaskan 12 finalis lain pada malam kemuncak pertandingan itu sekaligus menyarung mahkota 'Star of the East' dan bakal mewakili Malaysia ke acara Miss Universe 2026 di Puerto Rico bulan hadapan.

Disamping itu, ibu kepada tiga cahaya mata, Sapphire Wong yang mewakili Sarawak sebagai naib juara, manakala Amreet Kaur dari Perak dan Emanuelle Mah (Bukit Jalil) mendapat tempat ketiga serta keempat.

Wong bersyukur atas kejayaan dan segala usaha akhirnya terbayar
Beliau turut berkongsi kata-kata semangat buat golongan muda agar berani mengejar impian tanpa menjadikan latar belajar sebagai penghalang.
"Saya percaya walau di mana jua kita berada, sama ada menetap di luar negara ataupun berasal dari kawasan kecil, persekitaran itu bukannya penghalang untuk kita melangkah lebih jauh,
"Teruskan membina mimpi, berusaha dan bergerak ke depan kerana tuhan akan sentiasa membuka jalan," katanya.

Eunice Wong berjanji akan membawa semangat 'Malaysia Boleh' ke Puerto Rico nanti dan akan memberikan persembahan terbaik dan membanggakan Malaysia di sana.
"Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membawa kejayaan kembali ke tanah air," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


