Wanita Kaya China Sanggup Bayar RM1,446 Upah ‘Rider’ Terbang Ke Singapura Demi Karipap

Betul-betul kempunan ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Douyin

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan anda terlalu kempunan sesuatu makanan sehingga sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi mendapatkan makanan tersebut?

Seorang rider dari China telah diterbangkan ke Singapura untuk melaksanakan satu pesanan makanan.

Dilaporkan oleh South China Morning Post, penghantaran ini telah dirakam pada 31 Ogos oleh Chloe, seorang wanita yang tinggal di Singapura.

Menurut laporan dari South China Morning Post, dia terjumpa seorang rider memakai uniform Meituan di PLQ Mall.

Meituan adalah salah satu platform penghantaran makanan besar di China. Penghantaran yang perlu dibuat oleh rider Meituan yang memakai uniform tersebut sangat mengejutkan kerana ia di luar China.

Chloe kemudian mendekati rider tersebut untuk membantunya kerana rider itu menghadapai masalah komunikasi akibat bahasa yang berbeza.

SAYS.com
Image via DouyinImage via

Pemilik perniagaan sanggup membayar RM1,446 untuk tiket penerbangan

Menurut rider tersebut, wanita yang mengupahnya adalah seorang pemilik perniagaan besar di China. Sebanyak 2,400 yuan (RM1,446) telah dibayar untuk perjalanan penerbangan itu sahaja.

Wanita China itu pula sangat merindui dan kempunan untuk merasai karipap dan sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu demi karipap.

Kedai karipap tersebut adalah Hong Lim Curry Puff yang mempunyai banyak kedai di serata Singapura.

Karipap tersebut pula dibeli dengan harga SGD13.50 (RM43).

Rider tersebut pula tidak memberitahu berapa banyak tip yang dia telah dapat.

SAYS.com
Image via Douyin

Namun begitu, ramai netizen merasai semua ini hanyalah gimik sahaja dan ramai berdebat mengenai ketulenan situasi sebegini.

"Menggunakan wang yang banyak untuk kempunan satu perkara yang gila. Tetapi sangat berbaloi. Saya pun akan buat perkara sama kalau saya kaya," ujar satu komen.

Pengasas kedai, Victoria Loh juga mengatakan dia berbangga dapat memberi peluang kepada orang luar negara untuk merasai makanan Singapura.

Chloe mengatakan perjumpaan dia dengan rider tersebut hanyalah kebetulan sahaja dan menambah ia bukan satu gimik pemasaran dari Meituan.

Bayangkan kos beberapa biji karipap yang sepatutnya murah bertukar menjadi RM1,489. Difahamkan, Meituan juga beroperasi di beberapa tempat lain seperti Hong Kong, Brazil dan Asia Tengah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: