Warga Asing Kahwin ‘Palsu’ Untuk Dapat Lesen Perniagaan Di Selangor Membimbangkan

Difahamkan, mereka akan berkahwin dengan wanita tempatan untuk tujuan mendapatkan lesen perniagaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & The Sun

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Modus operandi menggunakan perkahwinan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan lesen perniagaan di Selangor semakin teruk

Warga asing dan wanita tempatan akan berkahwin semata-mata untuk tujuan mendapatkan lesen perniagaan.

Menurut laporan dari Harian Metro, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim mengatakan perkara ini bukan perkara baharu dan ia telah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Perkahwinan yang dilakukan ini bukan sahaja untuk perniagaan tetapi untuk mereka terus berada di negara ini.

"Modus operandi ini antara cabaran yang menyukarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana lesen perniagaan diperoleh atas nama pasangan yang juga warga tempatan.

"Apabila operasi penguatkuasaan dijalankan, individu terbabit sering memberi alasan mereka hanya membantu pasangan menguruskan perniagaan,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen yang sah

Menurut Suee Lim, penguatkuasa kini dalam dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen yang sah dan didaftarkan menggunakan nama warga tempatan.

"Kita berdepan dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen itu sah dan didaftarkan atas nama warga tempatan," katanya di Wisma Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi kesukaran untuk membatalkan lesen perniagaan dalam situasi ini, kecuali terdapat pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain di bawah undang-undang.

SAYS.com

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim

Image via The Star

Tambahan beliau lagi, kebimbangan pertambahan warga asing yang memulakan perniagaan kecil-kecilan tanpa kawalan tetap akan diambil tindakan jika didapati beroperasi tanpa lesen.

Suee Lim juga mengesyorkan kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan agensi berkaitan untuk mencari cara terbaik bagi menangani isu ini yang berlaku di beberapa kawasan perindustrian di Selangor seperti di Rasau dan Seksyen 15, Shah Alam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: