Warga Emas 93 Tahun Tinggalkan 100 Sampul Duit Buat Persediaan Jenazah Sebelum Ajal
Salam takziah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebelum meninggal dunia, seorang warga emas dengan telitinya telah menyediakan lebih 100 sampul yang mempunyai wang
Yob Abd Karim, 93, bapa kepada enam orang anak telah meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Segari, Manjung, Perak pada 5 September lepas.
Difahamkan, arwah telah menyediakan wang tersebut untuk diberikan kepada orang-orang yang menguruskan jenazahnya.

Keluarga yang menjumpai semua sampul tersebut mengejutkan mereka yang masih bersedih atas pemergian beliau.
Cucu Siti Mahirah Azemi, 30, berkongsi satu ciapan di Threads memberitahu mengenai perkara ini.
"Tokwan meninggal tanpa meninggalkan harta & hutang. Dia sediakan 1 beg penuh dengan duit dalam sampul untuk bagi semua yang uruskan jenazah dia," kata Siti Mahirah di Threads.
View on Threads
"Tokwan selalu kata yang dia tidak lagi kuat dan tidak lagi ada masa, tapi kami semua tidak sangka dia dah sediakan sampul duit untuk diberikan kepada orang yang membantu menguruskan jenazahnya," ujar Siti Mahirah.
Ramai memilih untuk memulangkan semula wang tersebut kepada keluarga
Dilaporkan New Straits Times, terdapat lebih 100 sampul wang yang dimana mereka sendiri tidak tahu kerana terdapat beberapa sampul yang telah lama.
Bapa kepada Siti Mahirah, Azemi Yob mengatakan bapanya sudah memberitahu ibunya, Selmiah Said, 85, di mana beliau telah meninggalkan wang untuk semua orang yang membantu dalam pengurusan jenazahnya.
Siti Mahirah mengatakan sampul-sampul tersebut telah diberikan kepada orang-orang yang membantu ketika pengurusan jenazah datuknya. Tetapi ramai yang memilih untuk memulangkan semula wang tersebut kepada keluarga untuk didermakan atas nama arwah.
"Jadi, kami guna wang itu untuk majlis tahlil dan menyumbang kepada masjid sebagai amal jariah untuk arwah," tambah Siti Mahirah lagi.
Dia mengatakan Tokwan tiada sakit kronik tetapi kesihatannya merosot setelah dia terjatuh di dalam bilik air dua bulan lepas.
"Tahun depan, kami tidak lagi menyambut Hari Raya dengannya, tetapi kami akan sentiasa mengingati semua ajaran dan kebaikan arwah," katanya.
Di Threads, Siti Mahirah juga berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan arwah Tokwan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via