Zeppo Youngsterz Harumkan Nama Malaysia, Dinobat Juara Haru Dance Di Korea Selatan
Tahniah diucapkan untuk Zeppo Youngsterz!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Krew menari Zeppo Youngsters mencuri perhatian ramai baru-baru ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan berjaya mendapat tempat pertama di Haru Dance
Haru Dance adalah pertandingan tahunan menari di Seoul, Korea Selatan di mana krew antarabangsa dari serata dunia beraksi untuk menjadi krew terbaik dunia.
Mereka sangat dikenali dengan tarian gabungan elemen tradisional Melayu dan street dance terutamanya hip-hop. Gabungan ini sekaligus menyebabkan mereka mendapat tempat pertama di Haru Dance 2026.

Zeppo Youngsterz sangat berbangga dapat mewakili Malaysia
Krew itu sangat berbangga dapat mewakili Malaysia kerana berjaya menunjukkan budaya Malaysia ke mata dunia.
"Kami sangat berbangga dapat mewakili Malaysia untuk ke pentas ini," ujar mereka.
Menurut mereka, kemenangan ini mencerminkan hasil usaha mereka yang sentiasa berusaha, percayakan sesama sendiri dan dengan sokongan hebat daripada orang ramai.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur Haru Dance kerana memberi peluang dan berterima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang percaya mereka dapat pergi sejauh ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via