Bikin Lidah Terbelit, Nama Pemuda Aruizrickaristian Patrik Raih Perhatian Ramai

Cuba korang sebut nama dia laju-laju.

Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagaimana mahu sebut nama awak? Inilah soalan yang sering diterima oleh seorang pemuda yang mempunyai nama yang sangat unik

Aruizrickaristian Patrik, 28, atau nama mesra Aruiz berkongsi kisahnya mempunyai nama yang panjang dan sukar disebut.

Dilaporkan oleh Harian Metro, Aruiz, yang bekerja sebagai seorang kerani am dan penyelia kualiti di sebuah kilang, mengatakan nama itu berasal daripada gabungan nama ibu dan juga bapanya.

Menurut Aruiz, bukan dirinya sahaja, tetapi empat beradik yang lain juga mempunyai nama unik, cuma ejaannya paling panjang di antara mereka berempat.

"Emak dan ayah yang bagi nama itu dan nama saya bukan hanya paling susah juga berbelit nak menyebutnya.

"Nama kakak sulung, Alfirickaristia, 32, abang Alrickaristine, 30, manakala adik Alribelrick, 25, dan Alribelrian, 24.

"Jujurnya, saya sendiri kurang selesa dengan nama sendiri kerana panjang hingga tak cukup ruang nak letak waktu nak isi borang. Nak buat emel pun susah,"
katanya.

SAYS.com

Aruizrickaristian Patrick

Image via Harian Metro

Sering berdepan pertanyaan mengenai bangsanya kerana ada yang tidak pasti

Disebabkan nama unik Aruiz, ramai bertanya mengenai bangsanya kerana ramai tidak pasti.

"Ada yang tanya dan ingat saya Melayu…hakikatnya saya orang Melanau dan beragama Kristian.

"Cuma dalam ejaan nama penuh saya dan adik-beradik, ada Bin dan Binti jadi mungkin sebab itu segelintir orang keliru,"
katanya lagi.

Aruiz pun sudah lali dengan pelbagai persoalan yang diterimanya dan baru-baru ini telah meraih perhatian apabila dia berkongsi surat tawaran pengajian di media sosial.

"Niatnya nak berkongsi berita gembira dan cari rakan untuk belajar tapi nama saya pula yang menarik perhatian ramai," tambahnya.

SAYS.com
Image via @aruizzzzzzz (Threads)

Dia kini bakal menyambung pengajian jarah jauh bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dalam Strategi dan Pengurusan Organisasi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Jika dikurniakan anak, Aruiz berhasrat untuk memberi nama anak dengan ejaan pendek sahaja nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: