Berpakaian Lengkap Pejabat Mendaki, Lelaki Dari Jepun Beritahu Ada 'Meeting' Atas Gunung
Tinggi betul tempat meeting.
Mendaki gunung bukanlah satu aktiviti yang mudah kerana anda pelu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi
Jika anda tidak ada kekuatan fizikal dan mental, pasti agak sukar untuk anda sampai di atas puncak. Iyalah, ia kerana anda perlu bersabar dan memerlukan masa untuk sampai ke sana.
Kebiasaannya, para pendaki akan mengenakan baju dan seluar sukan yang sesuai untuk mendaki betul tak?
Namun, berbeza pula dengan video lelaki dari Jepun ini apabila dia dengan selamba mendaki Gunung Kinabalu dengan pakaian lengkap pejabat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Segak berpakaian pejabat masa daki Gunung Kinabalu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu menegur seorang lelaki ketika mahu mendaki Gunung Kinabalu.
Pada awalnya, dia berfikir lelaki itu adalah dari Korea tetapi ternyata dari Jepun. Apa yang lebih menarik perhatiannya adalah pakaian lelaki berkenaan ketika mahu mendaki. Dapat dilihat lelaki itu mengenakan pakaian lengkap ke pejabat dari atas sampai bawah.
Apabila ditanya mengapa dia berpakaian begitu, dia dengan tersenyum menjawab ada meeting di atas sana.
Walaupun tidak memakai pakaian biasa yang digunakan oleh pendaki gunung lain, namun dia berjaya menamatkan pendakian tersebut dengan selamat.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ni baru betul meeting dengan orang atasan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat kecekapannya yang berjaya mendaki dengan mengenakan pakaian tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 143.3K views, 13.7K likes dan 569 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!