[VIDEO] Tak Sangka Ada Salji Turun, Lelaki Ini Kongsi Keadaan Ketika Daki Gunung Kinabalu
Jarang berlaku!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini yang tahu atau pernah mendaki Gunung Kinabalu bukan?
Tidak dinafikan, anda akan dapat melihat permandangan yang indah setibanya di puncak gunung itu. Malah, mendaki gunung akan memberikan anda banyak pengalaman.
Namun, baru-baru ini tular video apabila seorang pendaki berkongsi keadaan di gunung tersebut yang dituruni salji telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi pengalaman luar biasa ketika sedang mendaki
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pendaki sedang berada di atas puncak Gunung Kinabalu.
Cuaca difahamkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih seperti salji dilaporkan jatuh dari langit berhampiran puncak gunung berkenaan selama beberapa minit.
Situasi itu membuatkan semua merasa terkejut dan merakam momen indah yang jarang sekali berlaku itu.
Lihat antara video lain itu di bawah:
"Bestnya dapat merasa salji dekat Malaysia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi keterujaan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 595.5K views, 68.2K likes dan 2,693 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: