Bertunang Dengan Peguam, Noh Salleh Bakal Bernikah September Depan
Benda yang baik elok dipercepatkan.
Penyanyi terkenal, Noh Salleh telah menamatkan status dudanya setelah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis bernama Fatin Athirah
Majlis pertunangan mereka dikatakan telah diadakan pada Sabtu, 6 Mei lalu yang bertempat di rumah keluarga pihak perempuan iaitu di Putra Heights, Subang Jaya.
Mereka juga telah menetapkan tarikh pernikahan yang dijangka bakal berlangsung pada 23 September depan.
Bertunang dengan peguam, satu keluarga datang dari Kuching, Sarawak
Wanita pilihan hati vokalis kumpulan Hujan itu merupakan seorang peguam dan juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Menurut sumber, Fatin yang berusia 30 tahun itu mempunyai minat terhadap muzik, selain dia pandai bermain gitar dan menyanyi sama seperti bakal suaminya.
"Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat," kata sumber.
Sebagai rekod, sebelum ini, Noh telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011 dan bercerai pada awal Ogos tahun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!