seismik

DSV & Aliff Syukri Dakwa Ekspo Singapura 'Sendu', Tapi Otak-Otak Mr Noh Pula Laku Keras

Difahamkan, Otak-Otak Mr Noh raih jualan luar biasa di sebuah Ekspo Singapura baru-baru ini.

Cover image via @mrnohshop (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu video baru-baru ini di laman sosial Dato' Seri Vida tentang gurauannya dengan Datuk Seri Aliff Syukri di salah satu ekspo yang sedang berlangsung di Singapura

Dalam video tersebut, Dato’ Seri Vida berseloroh mengatakan tiada sesiapa datang membeli produk mereka dan mendakwa expo tersebut lengang dan sendu.

“Datang event dua tiga kali sebulan di Singapore, tetapi sale takde”

“Tengok sendu je…Sewa hall ni berapa, mahal”

Gurauan itu dibalas Datuk Aliff Syukri sambil ketawa terhibur.

“Nama je orang Singapore, tengok je ambil gambar video, belinya tidak, Sedih”

“Mana orang-orang Singapore ni”

Gurauan itu bukanlah untuk menyalahkan sesiapa tetapi menunjukkan populariti atau terkenalnya seseorang itu bukanlah tiket memastikan apa-apa sahaja ekspo jualan akan diserbu ramai orang dan juga bukanlah penentu produk yang dijual artis terkenal akan laris.

Lain pula kisahnya dengan produk otak-otak Mr.Noh atau dikenali juga sebagai otak-otak JB. Tengok sahaja pun, kita sudah tahu kesedapan otak-otak ini. Manakan tidak, sampai habis licin terjual di Ekspo Singapura baru-baru ini.

Orang-orang Singapura memang ‘gerek seh’ bila mereka borong habis otak-otak Mr.Noh yang dijual. Dah rasa sekali pasti nak lagi sebab terbukti keenakan, kerangupan dan kualiti produk standing harga yang ditawarkan.

Ini membuktikan, kualiti produk tetap menjadi pilihan no 1 bagi para pelanggan. Itu yang membuatkan sesuatu produk itu laku keras dan orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya.

Produk bumiputera dan halal daripada Otak-Otak Mr Noh

Produk ini dikeluarkan dari Mr Noh Food Industries (M) Sdn Bhd dan merupakan perniagaan makanan sejuk beku milik Bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 2022, syarikat ini telah berkembang menjadi jenama yang di Malaysia dan Singapura.

Produk ini juga telah memiliki perakuan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan berhasrat mengembangkan perniagaan kepada 1,000 cawangan francais menjelang 2032. Selain itu, jenama ini menyasarkan untuk menjadi pengeluar produk sejuk beku terkemuka di Malaysia dan global amnya.

Antara produk-produk mereka adalah otak-otak, samosa, karipap, popiah, satar, pepes dan keropok lekor.

Produk Mr Noh ini bukti bahawa perniagaan bumiputera mampu menembusi pasaran global dan mencipta nama ke peringkat lebih tinggi.

Pengasas Otak-Otak Mr Noh, Mohammad Qashrie Md Noh

Image via @mrnohshop (TikTok)

Untuk ekspo di Singapura ini, produk Mr Noh mendapat sambutan yangsangat baik dari pengunjung rakyat Singapura malah ada juga dari rakyat Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan produk keluaran Mr Noh.

Menurut video yang tular di akaun TikTok Otak-Otak JB Mr Noh Shop, pengasasnya sendiri, Mohammad Qashrie Md Noh telah kongsikan status barang jualannya habis licin diserang pembeli serta peminat Mr Noh dari Singapura. 

Beliau juga menghargai sambutan yang luar biasa semasa di expo tersebut dan berhasrat untuk tidak berhenti memasarkan lagi produk beliau di sana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: