"My Dream Pantry" - Wanita Kongsi Bagaimana Bilik Stor Bawah Tangga Kini Jadi Ruang Pantri
Proses pembuatan pantri tersebut memakan masa selama 4 hari.
Antara perkara yang best bila tengok rancangan memasak di kaca TV sudah tentu pantri-nya. Cantik je semua tersusun rapi.
Masa itu mulalah berangan nak ada ruangan pantri di rumah sendiri.
Sebenarnya tidak mustahil pun untuk adakan ruangan pantri sendiri di rumah. Sama ada pantri anda adalah bilik yang luas ataupun sekadar almari kecil yang dipasangkan dan diletakkan di dapur, semuanya possible.
Bahkan anda juga boleh menjadikan ruangan pantri ini sebagai satu bahagian estetik yang menyenangkan di rumah. Iyalah siapa yang tidak suka melihat stok barangan kering dalam keadaan tersusun kemas dan cantik, bukan? Nak cari barang pun senang je lepas ni!
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsikan bagaimana dia merasakan seperti wanita terbahagia apabila impian memilik pantri-nya sendiri akhirnya tercapai
Menerusi laman Facebook, Esm Shafizawati telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan proses pembuatan pantri itu beserta dengan hasilnya.
Menggunakan ruang bilik stor bawah tangga dan memakan masa 4 hari, ini gambar sebelum dan selepas pantri impian wanita tersebut. Cantik dan kemasnya!
Sebelum:
Selepas:
Best-nya ada ruang pantri dalam rumah!
Nak kemas senang. Nak cari barang senang. Paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.