makan

Lebih 28k 'Retweets', Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Bahan Dapur Untuk Elak Pembaziran

Jom ketahui cara-cara menyimpan bahan-bahan dapur agar tahan lebih lama!

Cover image via

Apabila membeli barang dapur, pasti anda membeli lebih untuk simpanan masa akan datang bukan?

Image via hijabnheels

Tetapi malangnya, bahan-bahan dapur sentiasa rosak sebelum sempat untuk digunakan. Untuk mengelakkan pembaziran, anda wajib mengetahui cara-cara menyimpan terlebih dahulu. Baru boleh jimat!

Untuk mengelakkan pembaziran bahan-bahan dapur, ikuti perkongsian Sue Anna di laman Twitter yang telah mendapat sebanyak 28.8 ribu retweets dan 31.1 ribu likes!

Untuk memastikan cili bertahan lama, buangkan tangkai cili, bilaskan cili, alaskan bekas dengan tisu, renjis air dan letakkan 3 hingga 4 biji bawang putih yang dikupas

Bahan-bahan seperti halia, lengkuas dan kunyit hidup pula perlu dicuci bersih dan direndam di dalam air. Pastikan bekas ditutup rapi. Air rendaman juga perlu ditukar seminggu sekali.

Untuk bahan-bahan kering seperti bawang merah dan kentang, masukkan ke dalam bakul dan letakkan di tempat yang kering

Sayur hijau seperti bayam, kailan, sawi dan lain-lain hendaklah disimpan di dalam bekas yang ditutup rapi yang dimasukkan ke dalam peti sejuk

Untuk mengelakkan tomato menjadi lisut, susunkan tomato dengan teratur. Pastikan bahagian tangkai menghadap ke atas.

Bahan-bahan seperti daun sup, daun ketumbar dan daun bawang sentiasa layu dan kekuningan? Bersihkan akarnya, rendamkan di dalam air dan simpankan di dalam peti sejuk.

Netizen lain juga turut berkongsi tips-tips menyimpan bahan-bahan seperti serai, bunga kantan, daun ketumbar, sayur hijau dan banyak lagi

Kalau anda gunakan tips ini, confirm anda boleh elakkan pembaziran bahan-bahan dapur. Senang je!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi tips-tips dapur di sini:

You may be interested in:

Leave a comment