Ikuti 7 Tips Mudah & Penting Ini Agar Kuih Raya Tahan Lama & Tidak Mudah Lemau. Simple!

Kuih raya anda pasti akan bertahan lama dengan 7 tips senang ini!

Pernah tak anda baru nak menikmati kuih raya tetapi malangnya, kuih sudah masuk angin? Memang mengecewakan!

Image via giphy.com

Manakan tidak, Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya disambut selama 30 hari dan kuih raya pula dibiarkan terhidang di dalam balang untuk tetamu. Memang tidak mustahil jika kuih raya menjadi sedikit lemau. Tetapi jangan risau, terdapat beberapa cara agar kuih raya anda boleh bertahan lama. 

Ikuti 7 tips di bawah untuk mengelakkan kuih raya menjadi lemau dan berbau:

Tips 1: Pastikan balang kering sepenuhnya sebelum digunakan

Image via skillsjohor

Balang kuih yang lembap boleh menyebabkan kuih mudah rosak. Ini kerana kelembapan boleh merangsang pembiakan kuman. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan bekas kuih mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 

Tips 2: Jemurkan tepung dan gula terlebih dahulu

Image via mamatiamia

Sebelum menghasilkan kuih, jemurkan tepung dan gula terlebih dahulu supaya kuih menjadi rangup dan lebih ringan. Ini kerana menjemur boleh mengurangkan kelembapan tepung atau gula. 

Tips ekstra: Selain menjemur, sangai tepung di dalam kuali terlebih dahulu. 

Tips 3: Masukkan seuncang gula atau garam di dalam balang

Image via blibli

Untuk mengelakkan bekas kuih berbau, taburkan sedikit gula ke dalam balang kuih. Gula mampu menyerap bau tengik. Manakala seuncang garam di dalam balang kuih pula berfungsi untuk menyerap kelembapan agar kuih boleh tahan dengan lebih lama

Tips 4: Sejukkan kuih sebelum dimasukkan ke dalam balang

Image via intannurazzura

Setelah membakar kuih, biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang. Jika tidak, kuih yang panas akan menghasilkan wap dan membuatkan balang kuih menjadi lembap. Ini akan menyebabkan kuih menjadi lembik. 

Tips ekstra: Sejukkan kuih dengan sepenuhnya di atas cooling rack sebelum dipindahkan ke dalam balang kuih. 

Tips 5: Alaskan setiap lapisan kuih dengan kertas minyak

Image via floriaputrajaya

Apabila menyusun kuih raya di dalam balang, lapikkan setiap lapisan kuih dengan kertas minyak. Ini untuk menjadikan kuih kekal rangup dan mengelakkan kuih menjadi lemau dengan cepat. Ini kerana sesetengah kuih raya mempunyai lebih minyak berbanding kuih lain. 

Tips 6: Asingkan kuih berbeza dalam balang kuih yang lain

Image via profhariz

Pastikan kuih raya yang berlainan tidak disimpan dalam bekas yang sama kerana ia akan menyebabkan kuih menjadi lemau dengan cepat. Ini kerana setiap kuih mempunyai adunan yang berbeza. Selain itu, rasa kuih juga boleh tercemar jika dicampur dengan kuih yang lain. 

Tips 7: Gunakan balang kuih yang kedap udara

Terdapat pelbagai jenis balang kuih di luar sana, tetapi gunakan balang kuih yang kedap udara agar kuih tidak mudah masuk angin. Cara yang mudah untuk memastikan balang kuih memang kedap udara ialah dengan memilih balang yang mempunyai getah di bahagian penutup. 

Dengan 7 tips mudah ini, anda boleh elakkan kuih raya tidak lemau atau mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Anda ada cara-cara lain? Kongsi dengan kami di bahagian komen di bawah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment