4 Tips Paling Penting Anda Wajib Tahu Apabila Memilih Ayam. Barulah Tak Rugi!
Gunakan cara-cara yang mudah & berkesan ini ketika membeli ayam yang segar. Senang je!
Ayam sememangnya pilihan yang paling popular di Malaysia kerana cara masakannya yang mudah dan rasanya yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai
Tetapi kebanyakan orang masih tidak tahu cara-cara memilih ayam yang segar. Sebelum ini, kami sudah memperkenalkan cara-cara memilih ikan. Jika anda ingin mengetahui cara-cara memilih ayam, teruskan membaca!
1. Perhatikan warna daging ayam
Apabila membeli ayam, perhatikan warna di semua bahagian termasuk di paha dan di bawah kepak juga.
Ayam yang segar akan mempunyai daging berwarna kemerah-merahan. Manakala ayam yang lama akan mempunyai warna pucat dan kekuningan kerana sudah disimpan lama dan dibekukan beberapa kali.
2. Rasakan tekstur daging ayam
Daging ayam segar akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Manakala ayam yang tidak segar akan tenggelam apabila di tekan.
3. Pastikan tiada bau yang kurang menyenangkan
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau busuk atau hanyir. Jika ayam mempunyai bau hanyir yang kuat dan tidak menyenangkan, ayam sudah lagi tidak segar dan selamat untuk dimakan.
4. Perhatikan darah pada bahagian tulang
Ayam yang segar tidak akan mempunyai darah yang banyak pada bahagian tulang. Jika ayam mempunyai darah yang banyak, ia bermakna ayam sudah tidak segar kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.
Disebabkan ayam mentah mempunyai risiko salmonella yang lebih tinggi, maka sebaiknya anda membeli ayam segar untuk mengurangkan risiko tersebut
Sebaiknya, ayam segar patut disimpan pada suhu 4°C dan ke bawah untuk mengurangkan risiko salmonella dari membiak. Tetapi kebiasaannya, ayam tidak dijual pada suhu yang sejuk. Anda disarankan untuk membawa cooler pack untuk memastikan ayam anda kekal segar sementara anda membeli-belah.
Jika anda membeli ayam segar di pasar raya, anda sewajarnya mengambil ayam selepas anda sudah selesai memilih barang-barang lain. Dengan cara ini, ayam kekal segar.
Bekukan ayam anda dengan betul juga!
Cara-cara:
- Mulakan dengan meletakkan ayam ke dalam beg plastik kedap udara.
- Letakkan ke dalam satu lagi beg plastik kedap udara.
- Balutkan ayam dengan pembalut aluminium atau plastik.
- Masukkan ke dalam beg plastik kedap udara.
Tip: Ayam mentah boleh bertahan di dalam peti beku selama 2 bulan. Untuk memudahkan kerja anda, labelkan beg plastik dengan isi dan tarikh dibekukan.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!