7 Resepi Ayam Bakar 'Diet-Friendly' & Enak Buat Anda Yang Ingin Turun Berat Badan. Simple!
Jom hasilkan resepi ayam bakar yang sihat dan 'flavourful' ini!
1. Resepi Ayam Bakar Lada Hitam
Resepi Ayam Bakar Lada Hitam ini sangat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu mengisarkan bahan-bahan, perap ayam dan bakar sahaja. Hidangan ini juga sangat menyelerakan kerana mempunyai bahan-bahan aromatik seperti halia, lengkuas, kunyit dan serai. Sesuai untuk anda yang mahu menyediakan sesuatu yang cepat tetapi lazat!
Dapatkan resepi Ayam Bakar Lada Hitam di sini.
2. Resepi Ayam Bakar Tandoori
Jika anda teringin untuk menikmati Ayam Tandoori tetapi mahu resepi yang ringkas, anda wajib mencuba Ayam Bakar Tandoori ini. Resepi ini sangat mudah kerana anda hanya perlu membakar ayam di kuali sahaja. Hidangan ini juga penuh dengan rasa rempah ratus. Memang sedap punyalah!
Dapatkan resepi Ayam Tandoori di sini.
3. Resepi Ayam Bakar Berempah Ratus
Untuk resepi diet-friendly, Ayam Bakar Berempah Ratus ini sangat sesuai untuk anda. Resepi ini tidak memerlukan minyak yang banyak. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai gabungan rasa pedas dan manis kerana mempunyai madu dan cili kisar. Ditambah pula dengan rempah ratus seperti kunyit dan kari. Memang layan!
Dapatkan resepi Ayam Bakar Berempah Ratus di sini.
4. Resepi Ayam Bakar Daun Kunyit
Hidangan Ayam Bakar Daun Kunyit ini sememangnya lain daripada lain tetapi rasanya enak sekali! Daun kunyit pula menambahkan aroma lazat kepada hidangan ini. Resepi ini juga sesuai buat anda yang mahu menyediakan hidangan yang murah tetapi mempunyai rasa rempah ratus yang maksima.
Dapatkan resepi Ayam Bakar Daun Kunyit di sini.
5. Resepi Ayam Percik
Resepi Ayam Percik ini bukan sahaja sedap, malah sangat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu membakar ayam di kuali sahaja tetapi masih boleh mendapat rasa yang sedap. Hidangan ini juga hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang murah untuk didapati. Sekali makan, pasti nak lagi!
Dapatkan resepi Ayam Percik di sini.
6. Resepi Pepes Ayam
Hidangan Pepes Ayam ini penuh dengan pelbagai bahan aromatik seperti buah keras, bawang merah, bawang putih, serai, dan daun kunyit yang pasti akan menaikkan selera anda. Selain itu, ayam juga disalut dengan kelapa parut yang menambahkan tekstur menarik kepada hidangan ini.
Dapatkan resepi Pepes Ayam di sini.
7. Resepi Ayam Percik Badam
Jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru, anda wajib mencuba resepi Ayam Percik Badam ini. Resepi ini unik sekali kerana menggunakan cili hijau, rempah kurma dan kacang badam. Walaupun agak pelik, resepi ini serius padu kerana mempunyai rasa lemak dari santan dan kacang badam. Wajib cuba!
Dapatkan resepi Ayam Percik Badam di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!