makan

5 Tips Paling Penting Untuk Memilih Ikan Yang Segar Di Pasar. Senang Je!

Pilih ikan yang segar macam pro dengan tips mudah ini!

Cover image via Detik Food

Membeli-belah barang dapur memang sangat menyeronokkan tetapi bagaimana pula membeli ikan?

Lebih lagi apabila anda seorang yang baru belajar memasak, pasti akan pening kepala punyalah. Manakan tidak, membeli ikan itu sangat penting kerana ikan yang segar dan berkualiti menjaminkan kelazatan masakan kita juga. Melainkan jika anda menetap di kawasan perairan, memang agak mencabar untuk mendapatkan ikan yang betul-betul segar.

Tetapi percayalah cakap kami, tak mustahil pun. Anda hanya perlu pandai pilih sahaja. Mudah sangat!

Image via giphy.com

Lihat di bawah untuk 5 tips memilih ikan yang segar:

1. Perhatikan mata ikan

Image via Seismik Makan

Cara yang paling mudah untuk menentukan kesegaran ikan ialah dengan memastikan ikan mempunyai mata yang jernih dan cerah. Selain itu, matanya juga akan timbul dan menonjol. 

Manakala ikan yang tidak segar pula mempunyai mata berwarna merah dan pudar. Matanya juga sudah tenggelam dan sembap.  

2. Perhatikan warna insang ikan

Image via Seismik Makan

Pilih ikan yang mempunyai insang berwarna merah terang dan pastikan insang basah tanpa mempunyai terlalu banyak lendir. 

Ikan yang tidak segar pula mempunyai insang yang berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Insangnya juga sudah menjadi keras dan berlendir. 

3. Perhatikan warna kulit dan sisik ikan

Image via Seismik Makan

Ikan yang segar mempunyai kulit luaran yang berkilat dan berwarna cerah berbanding dengan ikan tidak segar yang mempunyai kulit pucat. 

Manakala sisik ikan segar juga kuat dan ikan tidak segar mempunyai sisik yang rapuh dan mudah tercabut.  

4. Rasa tesktur ikan

Image via Seismik Makan

Tekan ikan pada bahagian perutnya untuk memastikan ikan segar atau tidak. Tekstur yang keras bermakna ikan masih segar tetapi jika lembik, maknanya ikan sudah lama. 

Elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Ini kerana ikan yang kurang segar mempunyai kulit perut yang lembik. 

5. Cium bau ikan

Image via Seismik Makan

Kesegaran ikan boleh ditentukan melalui baunya. Walaupun agak hanyir, ikan yang segar masih akan mempunyai bau laut manakala ikan lama akan mempunyai bau busuk dan hanyir yang sangat kuat. 

Hanya dengan 5 tips ini, anda kini boleh memilih ikan yang segar dengan penuh yakin. Jangan rasa segan silu untuk membelek ikan ketika membeli :D

Selamat membeli-belah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi tips membeli barangan dapur di sini:

Dah tahu macam mana nak beli ikan? Jom cuba memasak resepi ikan ini pula:

You may be interested in: