seismik

"Bukan Scene Filem Hollywood" - Ribuan Rakyat Afghanistan Kini Lari Tinggalkan Negara

Bunyi tembakan boleh didengari dalam beberapa rakaman video yang dikongsi dalam media sosial.

Cover image via @AsvakaNews (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Puluhan ribu warga Afghanistan kini terdesak meninggalkan kawasan kediaman mereka sejak Taliban mula menakluk beberapa wilayah di negara itu

Menurut sumber, Taliban mengisytiharkan peperangan di Afghanistan sudah berakhir dan memaklumkan pentadbiran kerajaan baharu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Begitupun, melalui satu video yang tular di laman sosial, kelihatan beribu rakyat Afghanistan yang berpusu-pusu untuk keluar dari negara yang bakal dikuasai oleh Taliban.

Keadaan kelam kabut telah berlaku di Lapangan Terbang Kabul dengan kebanyakan rakyat di sana mahu menaiki pesawat milik Amerika Syarikat untuk keluar daripada negara terbabit.

Mereka takut kerana Taliban semakin bersikap agresif dalam menekan penduduk, mulai dari merompak rumah hingga mengambil secara paksa anak perempuan dan janda.

"Taliban telah menang dengan senjata dan pedang serta kini bertanggungjawab untuk maruah, harta benda dan memelihara rakyat mereka" - Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

Image via AFP

Beliau didakwa melarikan diri ketika para pemberontak semakin hampir menawan ibu negara tersebut sebelum memasukinya dan mengambil alih Istana Presiden sekali gus mengecapi kemenangan.

Pergerakan berkenaan telah bertempur dan menewaskan tentera kerajaan selepas tidak mendapat sokongan dari askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang dalam proses pengunduran dengan tarikh akhir pada 31 Ogos depan seperti ditetapkan oleh Presiden AS, Joe Biden.

Tindakan Taliban mengambil alih negara itu juga menimbulkan perasaan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk kerana ia melaksanakan sistem undang-undang Islam semasa memerintah pada tahun 1996 hingga 2001.

Taliban telah menyambar pantas negara ini dengan tentera kerajaan tumbang tanpa sokongan tentera AS yang akhirnya berundur sejajar dengan tarikh 31 Ogos depan seperti ditetapkan oleh Biden.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: