'Dalgona Coffee' Trending Satu Dunia, Ini Cara Buat Kopi Korea Viral Itu. Guna 5 Bahan Je!
Bahan-bahan yang digunakan adalah serbuk kopi, gula, air panas, susu dan ais. Buat yang tidak gemar kopi, boleh tukar dengan serbuk koko!
Perasan tak sekarang nama 'Dalgona Coffee' sedang trending di laman-laman sosial?
Dalgona Coffee merangkumi gabungan serbuk kopi, gula, air panas, susu dan ais. Minuman ini memberi dua warna iaitu coklat dan putih. Kopi dari Korea ini juga dikatakan menyerupai gula-gula cair sebelum ia mengeras. Kerana visualnya yang aesthetic, kopi tersebut telah menjadi 'hit' di laman sosial.
Baik di laman Twitter, Instagram mahupun TikTok, rata-rata orang yang cuba membuat kopi itu kemudiannya akan memuat naik gambar mereka menggunakan hashtag #DalgonaCoffee.
Lihat beberapa gambar dan video yang diambil daripada laman Twitter:
Fuhh. Nampak benar-benar menggiurkan, bukan?
Buat yang teringin nak minum kopi ini, boleh sahaja membuatnya sendiri di rumah.
Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Shariffah Sarrah telah berkongsikan cara membuat Dalgona Cofee menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Percayalah, rasanya bukan sahaja 'umphhh' tapi sebenarnya cukup mudah untuk disediakan.
Jom ikuti perkongsian penuh resepi di bawah:
RESEPI DALGONA COFFEE
Resepi asli dan viral dari korea
Dalgona (Korean Traditional candy)
It's an old recipe from Korea but I remake by adjusting the quantity of the ingredient.
Bahan bahan:-
- Serbuk kopi/Nescafe
- Susu segar
- Gula
- Air panas
- Ais (pilihan)
Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.
Cara: (B)
Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik, pakcik semua.
Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.
Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ni dari korean, bukan dari artis terima kasih.
Walau bagaimanapun, buat mereka yang tidak gemarkan kopi, boleh sahaja menjadikan serbuk koko daripada ada sahaja jenama sebagai alternatif kepada serbuk kopi.
Selamat mencuba!