seismik

Cara Untuk Aktifkan Moratorium 6 Bulan Secara 'Online' Bagi Akaun Hire Purchase Maybank

Yang penting kena ada Maybank2u ok!

Cover image via The Star

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan moratorium atau penangguhan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan bagi tempoh enam bulan

Image via Sinar Harian

Perkara itu bertujuan untuk meringankan beban kepada pengguna susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

Melalui moratorium itu, peminjam atau pelanggan kini mampu menarik nafas lega apabila mereka boleh memilih untuk tidak membayar pinjaman bagi tempoh selama enam bulan bermula 1 April lalu di samping tiada kenaikan faedah pada kadar pinjaman.

Namun diingatkan, untuk sesiapa yang ingin menyertai atau mengambil moratorium ini, anda perlu mengikuti cara atau panduan yang telah ditetapkan oleh bank masing-masing.

Justeru bagi pengguna atau peminjam Maybank, anda boleh mengaktifkan moratorium enam bulan anda dengan cara yang mudah ini

Panduan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Rosnah Ahmad.

Diingatkan, anda yang ingin mengaktifkan moratorium enam bulan ini perlulah mempunyai akaun Maybank2u.

Jadi untuk panduan penuh, sila baca di bawah:

Langkah 1: Log masuk ke akaun Maybank2u anda

Langkah 2: Klik di bahagian Covid-19

Langkah 3: Selepas klik, paparan pada skrin anda akan keluar seperti ini dan teruskan scroll ke bawah

Langkah 4: Di bahagian bawah ni klik login jika bersetuju moratorium seperti dalam bulatan sebelah kiri. Jika ingin meneruskan bayaran seperti biasa, klik login bahagian kanan.

Langkah 5: Fahami isi penting dalam perjanjian dan klik yes untuk bersetuju

Langkah 6: Baca deklarasi perjanjian, tandakan (tick) di kotak Maybank Islamic Hire Purchase dan tekan butang Agree & Submit

Langkah 7: Minta nombor TAC dan tekan butang hantar

Langkah 8: Dah masuk nombor TAC, sila tekan butang confirm

Langkah 9: Anda berjaya. Jangan lupa simpan resit deklarasi sebagai bukti perjanjian moratorium untuk simpanan anda

Langkah 10: Selepas dah simpan bolehlah tekan done dan log keluar

Untuk anda yang ingin menyertai, boleh buat permohonan ini sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Mei ini.*

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment