11 Koleksi Cerita Hantu Rumah Baru Dan Rumah Sewa Yang Boleh Buat Anda Tak Tidur Malam
Jangan sampai kencing malam sudahlah ya.
AMARAN: Koleksi cerita hantu dalam artikel ini boleh membuat darah anda berderau dan jantung anda berdegup kencang. Anda juga mungkin susah nak tidur malam. Jadi, hati-hati.
1. "Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?"
Pada malam pertama sekitar pukul 1.45 pagi saya beritahu pembantu rumah saya supaya matikan lampu dan tidur. Dia tak mendengar apa yang saya katakan dengan jelas jadi dia pun lalu di depan bilik saya sambil bertanya, "Ma'am bilang apa?" Dia berdiri di depan pintu bilik tidur saya sambil saya memberitahunya agar lampu dimatikan dan terus masuk tidur. Tiba-tiba kami berdua terus senyap dan tercegat. Saya tanya, "Kenapa Nurul (nama pembantu saya)?" Dia cuma katakan, "Ma'am malam ni bisa saya tidur di bilik Ma'am?" Saya pun cakap, "Boleh..." Jadi pada malam itu kami semua tidur di bilik saya termasuk anak-anak saya.
Pada keesokan harinya saya tanya padanya, "Kamu ada rasa apa-apa tak semalam?" Dia beritahu malam semalam apabila dia berdiri di luar bilik tidur saya, dia rasakan seperti ada benda lalu di belakangnya seperti berangin. Pada malam kedua, anak saya pula yang nampak. Ketika waktu Maghrib, anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun berkata dia ternampak lembaga hitam lari dari dapur masuk ke bilik tidur saya dan sewaktu ia terjadi, saya berada di dalam bilik. Dia lari sambil menangis sekuat-kuatnya dan berkata, "Mummy... Mummy... Mummy... There is a ghost in your room!" Saya terperanjat. Saya beritahunya bahawa di rumah tiada hantu dan mungkin dia penat agaknya.
Pada malam ketiga saya baru balik dalam pukul tiga pagi, anak saya bangun dan menggesa agar saya tidak meninggalkannya seorang diri dalam bilik. Saya tertanya-tanya dalam hati, kenapa budak ni berkelakuan macam ni? Saya langsung ke dapur nak ambil air dan anak saya ikut sambil berjalan nak masuk bilik balik, dia terus pekik sekuat-kuatnya. Saya angkat anak saya dan tutup blik tidur. Saya pun tanya dia kenapa dia berkelakuan sebegitu? Dia beritahu saya bahawa dia ternampak lembaga putih tanpa kepala lalu di belakang saya ke hulu ke hilir.
Saya langsung hidupkan lampu bilik dan pada malam itu saya dan pembantu tak tidur langsung!
Selepas dua minggu kemudian sekitar pukul sepuluh pagi dan saya masih tidur, saya tersedar kerana saya terdengar seperti ada seorang budak perempuan yang berbisik ke telinga saya, "Mak nak susu..." kata budak itu. Yang hairannya saya boleh tercakap dengan dia, "Tanya Nurul..." Entah macamana saya rasa terperanjat lalu tersedar dari tidur dan saya ternampak seorang budak perempuan di dalam bilik saya, sambil berdiri di hujung katil, sedang memerhatikan saya. Badan budak itu kotor sekali! Seluruh badannya, penuh dengan lumpur yang separuh kering. Dia merenung saya, apalagi saya lari sampai tersungkur sambil memekik nama pembantu rumah saya.
Pada hari itu saya tak masuk dalam bilik langsung. Selama dua hari selepas kejadian itu, rumah saya senyap tak ada benda pun yang mengganggu kami. Tetapi pada malam Jumaat, semasa saya hendak masuk tidur sambil terlayang, saya rasa seperti ada benda memegang kaki saya. Saya tepis dan pusing ke kanan. Kaki saya masih rasakan seperti ada benda yang memegang. Kali ini ibu jari saya ditarik. Saya cuba hidupkan lampu tepi katil dan pada ketika itulah saya ternampak sosok lembaga hitam di tepi saya dengan matanya yang merah dan suaranya yang garau.
Saya terus pekik dan lari dari bilik tidur saya. Ini bukan sahaja gangguan yang pernah berlaku ke atas diri saya, pembantu rumah saya pun diganggu, kadang-kadang pada pukul empat pagi pembantu saya akan mengetuk pintu bilik saya sambil bertanya, "Ma'am mau apa?" Saya pula akan menjawab bahawa saya tidak memanggilnya. Dia kata dia dengar suara saya memanggilnya. Selalu juga bila tiba waktu malam, kami semua akan mendengar bilik tamu saya semacam ada orang sedang membuang barang, seolah-olah sedang melemparkan sesuatu di dinding. Kadangkala kedengaran seperti ada benda yang pecah, tetapi apabila kami periksa pada keesokan harinya, kami lihat tidak ada apa-apa pun yang pecah.
Rumah ini baru setahun saya duduk di sini. Jiran di sebelah hujung saya memberitahu saya bahawa jiran sebelah saya terjun bunuh diri kira-kira seminggu sebelum saya berpindah ke sini. Kadang-kadang macam-macam benda boleh didengar, cuma saya kuatkan saja iman. Ini rumah saya, saya takkan mengalah. Cuba bayangkan tiap-tiap malam ada sahaja yang terjadi di rumah ini.
2. Misteri rumah biru dan abah
Assalamualaikkum para pembaca. Kisah ni berdasarkan kisah benar yang aku alami pada tahun 2004 lokasi di sebuah taman di Sungai Petani, Kedah.
Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa untuk kami duduki selama 6 bulan. Aku meronda bersama teman rapat aku, Sue untuk mencari rumah sewa sekitar taman. “Wei rumah biru tu cantik la, kosong. Ha ada tulis untuk disewa!”. Dari luar, rumah biru tu kelihatan cantik, dengan balkoni yang luas dan berbumbung, membuatkan aku tetarik untuk memaklumkan kepada mama dan abah aku perihal rumah biru ni. Mereka pon bersetuju.
Seminggu kemudian, kami sekeluarga pindah ke rumah biru yang cantik ni. Warna cat yang hampir pudar beserta lumut-lumut kecil yang ada di dinding membangkitkan suasana misteri pada rumah ini. Jiran aku, makcik Ani, kelihatan seronok sangat bila dapat tahu dia bakal dapat jiran baru. Tapi, alis mukanya kelihatan seperti ada tanda tanya. “Ah, mungkin makcik nak sembang dengan kami kot, dari mana kami datang, siapa nama kami”. Gusar aku.
Abah punya peel, dia suka baring sambil bukak tv di ruang tamu. Boleh dikatakan rutin harian. Kadang-kadang tv yang tengok dia. Aku yang khusyuk study untuk PMR yang bakal berlangsung, memang dilarang keras untuk tengok tv dan lebihkan masa di dalam bilik. Minggu pertama kami semua keletihan, dengan bulan puasanya. Masing-masing tidur awal. Minggu kedua, semua barang dah disusun rapi oleh mama. Keadaan di rumah dah kembali tenang bila nampak kemas dan bersih.
Aku jenis kalau study, memang aku akan kunci pintu bilik. Maklumlah, adik-adik masih kecik dan dorang akan datang untuk mengacau aku. Study punya study, sampai tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12. Meja study aku ada cermin, jadi aku boleh nampak keseluruhan bilik termasuk dari arah pintu. Tiba-tiba, abah dengan muka serius betul-betul berdiri terpacak belakang aku. Mata yang tadinya lali, trus terjegil la, berlakon macam semangat gila study. Lepas tu aku toleh balik, “eh abah dah takda, bila dia keluar?”
Aku pon buka kunci bilik dan keluar sebab rasa nak terkencing. Bilik aku depan sekali. Dekat ja dengan ruang tamu. Aku nampak abah dok tengok tv tapi siaran kosong sebab dah lebih kol 12. Mata dia straight tengok ke tv. Aku pon kejut la abah. Dia buat keras badan ja, mata terjegil.
Disebabkan aku nak terkencing yang amat sangat, aku endahkan abah dan terus ke bilik air. “La mama, nak p tandas jugak ka, bagi kakak dulu la, xtahan sangat ni. Mama gerak la abah masuk tidoq. Ni dok tengok tv sorang-sorang kat depan”. Mama tengok aku atas bawah. “Hang dah pasai apa, abah hang dok berdengkur dah dalam bilik tu, tidoq awai semalam sebab abah tak sihat”. Air kencing aku seolah-olah masuk balik dalam perut.
Kosong dah aku rasa pundi kencing aku. Aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu. Kosong. Tv off. Tapi aku dapat rasa skrin tv tu masih panas, macam baru ditutup. “Ya Allah sapa la ada dalam bilik tadi, aku kunci pintu kan, abah tidoq awai.. Sapa pulak belakang aku tadi?” Terus aku tidur memekup bantal busuk yang berusia 15 tahun itu.
Rutin mama pagi-pagi, dia akan kupas bawang banyak-banyak di ruang tengah rumah. Kami berniaga makanan. Waktu pagi sampai tengah hari, memang sibuk di dapur. Bila aku cuti, aku akan tolong mama.
Sebakul dah aku kupas bawang, tetiba adik lelaki aku, Mohd, berlari sambil melangkah bakul bawang aku. “Hei tak nampak kakak buat apa ka, main langkah saja ni?!” Aku membebel la sebab Mohd ni memang nakal sikit. Mama pulak terkebil-kebil mata. “Hang pasai pa kakak, Mohd kan takdak, p sekolah ada sukan. Bila yang dia ada?” Soalan mama membuatkan aku meremang siang hari. Aku dapat rasa angin hasil dari larian adik aku tu. Mana mungkin aku tersilap. Tapi aku sangkal jelah, sebab fikirkan siang.
Kami balik ke kampung di Pahang selama seminggu kerana ada kecemasan di sana. Pulangnya kami ke rumah, makcik Ani menyapa mama. “Balik dari mana?” Mama pon cerita la yang kami ada hal di Pahang dan seminggu tiada di rumah. Makcik Ani yang tengah pegang lauk untuk diberi kepada kami, terus terhempas ke tanah. Terkejut bukan kepalang la dia.
“Tie, Ani tak rasa yang Tie takdak seminggu kat rumah. Ada ja orang. Ani baru nak tanya awat kurung Mohd kat luar rumah sebab Ani tanya kat dia. Dia tak jawab. Ani panggil Tie, Tie tak keluar. Ani dengaq ja bunyi mandi, orang masak dan makan dalam rumah. Malam bukak ja lampu, cuma Mohd duduk kat luar. Ani cuma nampak Det ja keluar masuk dalam rumah, kadang-kadang lalu di tepi rumah tengok ayam belaan Tie. Tapi tak ada cakap apa, terus masuk rumah.”
Mama aku meremang terus la bila dengar cerita makcik Ani. Mana tak nya, bila aku cerita, dia seolah-olah sukar nak percaya, sebab takut aku risau kot.
Benda tu memang menyerupai abah dan Mohd. Dia tak menyerupai orang lain. 6 bulan kami kat situ, macam-macam kami buat. Baca Yassin, buat doa selamat. Alhamdulillah keadaan semakin reda dan makhluk halus tu dah keluar dari rumah biru tu.
Waktu kami nak pindah, baru makcik Ani cerita segala-galanya. Sebelum kami duduk, rumah biru ni dah kosong selama 8 tahun. Semua yang sewa sini, tak pernah lebih dari sebulan. Semua cabut. Makcik Ani memang tunggu orang datang duduk di rumah tu sebab dia pon tak tahan kena gangguan dari rumah biru tu.
Menyanyi, mandi, bunyi kemas rumah, bertengkar, berlari. Makcik Ani berharap agar dapat jumpa jiran yang dapat tinggal lama di rumah tu. Alhamdulillah lepas habis kami sewa di situ, tuan rumah yang merupakan askar di Terengganu, kembali tinggal di rumahnya. Alhamdulillah juga sebab makhluk tu tak menyerupai muka yang menakutkan. Yang paling aku tak sangka, siang hari pun makhluk tu tetap boleh mengacau manusia. Syukur semuanya tamat.
3. Cakaran 3 kuku makhluk genit bertenggek
Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.
Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya bulat menatap pintu.
Kawan saya bertanya "bunyi ape tu kak?", saya hanya menggelengkan kepala tapi hakikat saya tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh."Kak, jom la tengok", bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling 'kakak', jadi sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di tesco petang semalamnya.
"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. Saya tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan saya lalu menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.
"Akak, kitorang nampak kak. akak nampak tak? Apa kita nak buat ni!" Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. "Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi. "Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.
Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. "Kamu pergi bukak tingkap" arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.
Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Obvious sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng'orientasi'kan kami.
Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung sem.
4. Housemate
Pada suatu hujung minggu tu, aku baru balik dari kedai makan. Waktu tu baru maghrib. Sampai je rumah
sewa aku tengok rumah dah gelap, lampu bawah je menyala. Semua balik lah tu. Rumah sewa tu baru sebulan
aku sewa dengan 5 orang kawan aku, dan selalunya pada hujung minggu macam ni semua balik rumah mak pak
diaorang, tinggal aku sorang2 je.
Masuk ruang tamu, aku nampak kawan aku, Man tengah terbaring depan TV. Tak balik ke budak ni.
" Ko tak balik ke Man ?"
" Satgi..."
" Cun arr.. kita keluar makan.. motor aku rosak.."
" emmm..."
Aku pun naik atas, mandi, solat. Tiba2 awek call. Aku pun layan awek aku kat tingkap. Sejuk sikit.
Tengah bes2 cakap telefon bunyi pintu grill kat bawah ada orang bukak. Mesti Man ni. Aku dah cakap
nak keluar sekali.
" Man.. ko nak gi mana?"
" Makan.."
" Woi.. tunggu aku.."
" emmm..."
Aku pun bye bye kiss kiss ngn awek aku tu. Kelam kabut aku turun. Sampai kat luar sunyi sepi. Cilakak
Man.. tinggal aku !! Aku call, line tak masuk. 2-3 kali try aku pun panas, terus jalan kaki jer pergi
kedai makan siam kat taman sebelah.
Balik rumah aku tumpang kawan. Sampai rumah sewa, tengok2 pintu sliding kena kunci. Sudah.. Aku mana
ada kunci. Dalam hati aku duk menyumpah Man. Aku pergi duduk luar pagar rumah, call Man. Kali ni line
masuk.
" Woi Man.. haram jadah tul.. ko kat ner..?"
" Apehal lak ni.."
" Dah laa ko tinggal aku sorang2 kat rumah.. Janji nak keluar makan sekali.. Pastu ko kunci lak pintu
sliding.. Aku mana ada kunci..!!"
" Wooo.. aku balik rumah pagi tadi lagi. Lepas kelas. Ko jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci.
Tuan rumah kata hilang.."
Aku terdiam. Abis kalau Man balik pagi tadi, aku cakap dengan siapa? Baru aku teringat yang aku tak
nampak betul2 muka Man depan TV tadi. Waktu aku cakap dari tingkat atas tadi pun bunyi suara je.
Aku tengok rumah sewa aku. Gelap gelita. Kemudian aku perasan benda pelik. Semua tingkap rumah terbuka.
Tingkap bilik atas, tingkap ruang tamu, dan yang paling best, pintu sliding pun terbuka.
Hahahah.. Terus aku lari pergi rumah sewa kawan aku selang 5-6 buah rumah.
5. Kanak-kanak ikut di belakang
Saya perkenalkan diri sebagai inang, saya ingin berkongsi kisah dengan semua. Kisah seram ini berlaku ketika saya sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai timur.
Kehidupan saya pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah saya tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.
Saya seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan saya sejak menuntut di peringkat ijazah. Ia turut dipraktikkan ketika belajar di peringkat Master.
Pada suatu petang saya dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu saya ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika saya sedang membasuh muka, saya seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan saya. Saya menyelesaikan wuduk dan apabila saya melihat cermin di hadapan saya melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. Saya terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan saya dapati tiada sesiapa pun.
Saya berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, saya seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh saya mempercepatkan langkah. Saya menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan saya sebelum ini. Saya hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru saya alami tadi kepada kawan saya.
Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. Saya menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali saya ke rumah saya membersihkan tubuh dan terus berehat. Saya merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat saya pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik saya di tingkat atas.
Apabila saya berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika saya membuat kerja, saya dapat rasakan ada yang melihat saya di belakang. Apabila saya menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan saya nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu saya?
Satu malam saya tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.
Kanak² lelaki ini suka mengikut saya dan sentiasa berada di sisi saya walau kemana saya pergi. Dalam mimpi itu saya turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.
Keesokkan hari saya berjumpa seorang ustaz dan selepas saya di rawat saya berasa sedih dan sayu. Perasaan saya seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan saya. Namun saya tidak tahu pada siapa.
Keadaan saya tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Saya tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketakutan tanpa sebab.
Suatu hari saya tidak ke kampus dan saya mendengar suara memangil nama saya. Bila saya membuka pintu bilik tiada sesiapa.
Kemudian saya berbaring semula di katil. Ketika saya melihat ke pintu bilik saya melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.
Saya ketika itu sudah agak itu bukan manusia dan ianya adalah Jin. Saya pun tidak menghiraukan dia. Dia menghampiri saya dan duduk di sebelah saya. Saya memejamkan mata dan menarik selimut. Tidak mahu melayan si dia yang begitu bersungguh untuk berkenalan.
Apabila saya membuka mata dan melihat ia masih di sebelah saya. Dan saya katakan jangan kacau saya lagi. Tiba² saya melihat ia pergi ke pintu bilik dan hilang bersama hilaian yang panjang…hiiiiii…hiiiii…hiiii.hihihi…hiiiiiiiiiii…
Saya terus bangun mengemaskan barang² keperluan dan terus keluar dari rumah tersebut.
6. Mak di sebelah
Seperti biasa sy nie kalo lewat petang maka bermula lah rutin harian sy dgn keja umah. Masak air, cuci baju n etc, waktu tue sy tgh cuci baju n jemurkan mana2 baju yg dah siap dicuci n anak2 pulak dah tido. Kebetulan pulak mak sy ada dikuching menemani sy sementara tgu dok packing2 nak pindah balik ker myy. Asben pulak keseberang dpt keja baru.
Tgh syok2 cuci baju pakai washing machine dlm waktu yg sama sy ulang alik ker ruang tamu sebab tgh tgk tv crita apa xingat ler. Jadi tuelah keja sy waktu tue bila iklan sy akan menyambung tugasan sy. Sedar2 jer jam dah pukul 0900pm, kebetulan pulak time tue mak sy akan tgk tv, (time tu my mom kat dlm bilik sibuk menjahit) prebet chanel cita industan n sy pulak tgh syok2 berdiri tgk tv. Nak dijadikan cerita tgh syok2 berdiri smbl tgk tv, sy dgr bunyi tapak kaki ‘mak’ sy n xlama lepas tue nmpk kelibat ‘mak’ sy dgn sisi mata jer n berdiri sebelah sy, yg peliknya sy langsung xmenoleh atau pun menegur ‘mak’ sy padahal waktu tue kat dlm hati sy nak mengatakan….”sikda, sikda industan, aku mok nangga tb tok”, terjemahan “takde, takde Hindustan, sy nak tgk tv nie” dgn nada bergurau kat ’mak’ sy tp sy hanya berdiri kaku jerk at situ, lepas tue sy nmpk ‘mak’ sy masuk bilik sy. So sy pun pikirlah mungkin ‘mak’ nak check2 cucu dia kot atau xpun nak gunakan tandas, tp sekali lagi sy heran knapelah ‘mak’ sy nak guna tandas kat bilik sy sedangkan rumah sewa sy nie ada 2 tandas, 1 kat bilik sy n 1 lagi bersebelahan bilik dia, yg pelik nya lagi nape sy terperasan yg ‘mak’ sy xklua2 dr bilik sy. Memang kes heran bin ajaib nie.
So sy pun tiba2 tergerak n berdiri kat pintu bilik sy, sah bilik tue gelap jer, sy pun on lah lampu kot2 ‘mak’ sy nie tgk cucu2 dia dlm gelap, tp xde pulak kelibat ‘mak’ sy nie, n sy check dlm tandas pun xde jugak. Tandas gelap jer, dgn perasaan xpuas hati, sy pun pegilah kebilik mak sy, kat situ sy tgk dia tgh syok menjahit n sy pun bgtaulah dia kalo2 dia ada klua nak tgk tv. Jeng jeng jeng, ni yg wat sy suspen. Sy bgtaulah apa yg sy baru alami kat mak sy n sy ingatkan dia nie bergurau jer dgn sy kos mak sy nie mmg kuat jugak dgn gurauan nya, mmg suka wat kitaorg ketawa tp dia mati2 cakap yg dia xklua dr bilik start lepas sembahyang isyak, tp bila dipikirkan balik mmg ada logic jugak apa yg dikatakan oleh mak sy kos semasa sy nmpk ‘mak’ sy masuk bilik sy, sy xnmpk pulak ‘mak’ sy klua2. Nasib baik xde apa2 yg terjadi kat sy atau malam tue, xde pulak smpi demam or meremang bulu roma wlpun ‘mak’ sy siap berdiri sebelah sy tp yg pasti sy nmpk ‘mak’ sy seperti dlm bayangan gelap jer mlm tue. Apa2 pun sy wat mcm xde apa2 yg berlaku pun.
Sebenarnya pengalaman mcm ni pertama kali sy alami kat rumah sewa sy, sebelum nie sy selalu jugak dgr seperti bunyi pelik bila mlm cth spt bunyi kipas siling tp waktu tue kipas siling xon pun, ada satu pagi tue sy bangun awal suboh sebab n prepare for anak2 skul n then terdengar bunyi seakan suara anak llaki sy menyebut “syyyyhhhh” kat sebelah sy, mmg terperanjat gila sy n dpt terasa darah naik ke kepala waktu tue sedangkan anak llaki sy masih tido kat dlm bilik. Nak katakan dia berbunyi begitu xjugak sebab sy siap check lagi alih2 tgk dia masih nyenyak tido. Satu tabiat sy, sy nie jenis yg xpuas hati, bila terdgr sesuatu yg ‘pelik’, sy akan pegi cari drmana dtgnya bunyi2 pelik tu. Nak dikatakan berani pun xjugak, takut tue ttp ada, mungkin semangat sy kuat kot, entahlah, sy nie jenis yg suka wat jerk jer, biarkan aje ‘benda’ tue dgn hal dia. Nak dikatakan berani tp penakut jugak.
7. Rumah depan kubur
Aku baru pindah rumah sekarang ni dalam thn 2005..jarak ngan rumah lame x jauh mane pn..rumah lame kat kampung seberang jek( KG RAJA UDA atau KRU).. Ade 34 buah rumah dibina sederet(ke salah?)..rumah no 1 sampai no 8 terletak berhadapan kubur islam, 9 - 14 dpn rumah teres, n yang onwards sume depan loji..
Rumah lame aku ni terletak yg betol2 dpn kubur.. mase tu kalau org tanye dok mane, penghuni kat situ akn jwb dpn kubur je..sape dok kru tau la ktne..Tapi kubur ni x seram walaupun ade pokok ketapang..mcm taman syurgawi..penuh ngan lampu2 jalan kt dlm tu..aku and the geng penah main besbol pn kt dlm tu..kalau time2 raya lagi best..main meriam buluh siap dalam tu..psl klu bapak kejor dan sikit nak lari jauh ..aku kecik2 mmg tomboy abes..
Sebelum nk cerita ingin diingatkan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. sekadar renungan and ingatan..
Okay so, ceritani pada tahun 90 an..x igt 98 or 96, sebab mase tu time World cup ke EURO tah..tak hengat..mase tu ade seorang warga kampung ni meninggal~ Al -Fatihah..sedara jauh gak ngan aku..gangguan berlaku selama 30 hari selepas kematian..gangguan juga adalah secara 'runcit'..okay kronologinya:-
Bermula petang die kebumi tu, ramai gak kat kubur, tiba2 ade sorang budak perempuan berumur 6 tahun dr rumah no 8, menjerit cakap kat mak die " Mak..ade hantu kat kubur"..Mak die marah, dan bawak die masuk rumah..since then, die murung..muke pucat, xnak makan..asyik cakap ade hantu kat kubur..sampai dekat seminggu, family die bwk pegi berubat bg semangat..pastu bwk die dok umah sedara kt tempat lain
Umah aku ni umah papan....dpn umah ade pokok nangka so depan umah aku sepanjang2 tu penuh daun kering..klu siapa tau daun kering dr pokok nangka ni x sah klu tak berbunyi kalau dipijak..ala2 crunchy gitu..so setiap kali ade org lalu dpn umah ktrg akan tau..satu mlm, aku and kakak aku tgh tgk tv lewat pkl 12-1 am camtu..tiba-tiba, dung dung dung dung..ade org gendang dinding umah aku yg betol2 kat bawah pokok nangka..kakak aku yg vangang terus tanye "siapa tu??"..vongok sungguh..sah2 takde lgsg bunyi org lalu kt dpn umah..aku ckp kt die dgn isyarat " ko diam leh tak?"..terus ktrg tutup tv cabut masuk bilik..tido..seb baik boleh tdo..
Malam keesokkannye, kami sekeluarga termasuk mak and abah tgk tv..dlm pkl 11 malam..tiba-tiba..gedegang!!mcm nangka jatuh atas bumbung zink umah kami (for a moment aku ingatkn ade nangka dpn umah da masak) and ikut logik 'ia' sepatutnye bergolek jatuh gedebuk dpn umah..tapi takk!..die bergolek2 mcm filem hindustan (agaknyela) mnghala ke umah sebelah!..semua mendongak pandang bumbung sambil mata menghala ke arah bunyi golek tu datang..kami dengar bunyi 'ia' golek siap sambung golek ke bumbung umah sebelah lak sampai hujung..umah kami agak rapat jadi takat bunyi bumbung zink tu mmg dgr sgtlah..terus aku, akak n abah bace ayat kursi n abah suh ktrg semua masuk bilik tdo..seb baik adik2 aku x nangis..
Esoknya abah n mak bincang..untuk sementara, abah suh mak bawa kitorang adik beradik g tdo umah nenek..kat kampung sebelah..mak balik keje amek kitorang (sebab pengasuh adik aku sebelah umah je) terus bwk g umah nenek..abah je dok umah..die kental sikit..lgpun mase tu tgh ade bola(x igt EURO OR WORLD)..so die nk stay tgk bole..nampak tak kesanggupannye??Abah kate sepanjang kitrang takde lps tu, 'die' cume ketuk dinding n golek2 jek..(JE????)..jgn lek sangat bah..
Seminggu lebih kemudian, abah bangun tgh mlm dlm pkl 2 camtu nk tgk bola..mule2 okay..sampai mase break 15 mins tu, abah turun g dapur nk makan..abah dok makan mengadap ke cermin dapur yg da jammed takleh tutup..belakang umah ade parit and railway..tgh makan tibe- angin kuat tak tentu hala macam nak hujan..tgh abah tunduk makan, dgn tak semena2 langsir dapur yg ditiup angin menyapu ke muke die membuatkan die mendongak..nahh..tegak berdiri diluar tingkap lembaga yg mirip arwah, tapi ade bintik2 di mukanya, merenung tajam ke arah abah..abah tediam jap pastu tunduk buat dek, abeskan makan naik balik sambung bola..errk..bole?~tp ade akibat sbb x melayan 'dia" ye..sebentar...
Cerita rumah sebelah pulak, serentak dgn kes abah td..mase angin tibe2 betiup kencang, jiran aku yg aku pggl tok anjang (sedara gak) yg juga tgh tgk bole, bgn dan terus bukak pintu, (die cite blk) pastu die kate angin bersimpang siur, bkn satu arah..pastu die cakap.."'Dia' da datang da"..die tutup je pintu tibe2 die dgr suara anak perempuan die menjerit pggl adiknye yg lelaki..bingkas die ke bilik anak pompuannye, nyenyak tdo ngan isterinya, die jengah lak anak lelakinye..pon tido...pastu die layan bola balik
Malam keesokkanye, mase nk kesenja..mak dan aku adik beradik tgh siap2 nk ke umah nenek mcm biase..nenek pn ade mase tu..sekali tiba2 abah terbaring mengerangg..tak dpt nak gambarkn camne mase tu..abah cakapp panasss n sakittt...badan abah panas gile mase tu..aku adik beradik n mak cepat2 nk angkat papah abah bgn..almaklumlah..bapak ni besor tinggi orgnye..tapi x bolee..puas kami berempat cuba, tak bole angkat seinci pn mcm ade yg berat duduk atas die..aku da menangis da..nenek aku kt bwh yg dengar kecoh2 terus berlari naik..abah x berhenti mengerang..nenek terus bace2 ayat kursi dan die suh kami juga turut bace..
Selepas beberapa minit kami cube angkat abah, baru boleh..abah masih panas dan tapi kali ni menggigil dgn teruk..bukan menggigil da aku rase mcm bergoncang!dgn ktrg2 pn bergoncang..sampai papah abah dpn pintu nenek laung allahuakbar kuat2 sampai jiran2 keluar..hilang goncang, tinggal gigil..papah abah masuk kete..sekali lagi kami semua baca ayat kursi pastu bru abah okay ckit cume lemah..terus mak bwk kami semua pg klinik Halimah. aku pn x phm nape mak bwk g klinik..tp mayb sebab die ustazah..itu je yg terpk mase tu..lps tu abah okay...cume masih penat..so kami semua bermalam umah nenek mase tu..lepas2 tu kami cume bermalam di umah nenek sampai dkt sebulan..abah kadang2 blk gk tdo umah..takut 'dia' bersarang gak kt umah..
Sebenarnye banyak lagi cite org kampung yg kene kacau..tp ni je yg aku igt..yg lain ade yg nampak 'die' terbang lang..loncat pn ade..tggu org tepi jalan..ketuk pintu umah..golek ats bumbung..histeria..ini antara gangguan2 yg penduduk2 ctu lalui mase tu..last2 ape yg saye dgr, ketua kampung jumpe anak arwah mintk tlg get rid of that 'thing'..kuburnya berlubang..jadi beberapa ari gak nampak anak2nye dikubur macam dgn ustaz camtu..lepas tu dah..kami tak diganggu lagi..itu lah the worst yg jadi..sampai sekampung kene..
8. Hantu rumah Zaza
Salam,
Ni gua nak cerita kisah berlaku zaman gua belajar dahulu, 2007 kot. Kejadian ni masa gua lepak umah sewa bestfren gua, Zaza. Masa tu cuti weekend. Biasalah cari tempat bergembira and lama pulak tak jumpa si Zaza ni. Zaza ni duduk dengan students and kalau weekend memang rumah tu dia akan duduk sorang-sorang sebab semua balik kampung. Penghuni rumah tu ramai gak. Tak silap gua dalam 8 orang lebih kurang termasuk si Zaza ni. Rumah jenis teres dua tingkat.
Hari sabtu, gua dengan Zaza keluar ke Bukit Bintang, biasalah untuk budget tak banyak tapi hati melonjak nak shopping, BB la tempatnya. Sampai rumah pun sekitar jam 11 malam. Memang sunyi je rumah sebab dah sedia maklum semua balik kampung. Buka lampu tingkat bawah, and menuju ke bilik Zaza kat atas. Biasalah kalau dah pompuan ni, dah beli baju harus balik tak sabar-sabar nak mencuba kan. Gua sejukkan badan sekejap dan nak mandi. Sebab keluar dari pagi kot.
Bilik air Zaza ni bersambung dengan bilik sebelah. Tapi manalah gua nak kepochi nak bukak and jenguk kan. Mandi je lah macam biasa. Lepas mandi, berkemban dengan kain batik, gua ternampaklah si Zaza ni still mencuba-cuba baju lain yang dia beli. Gua malas nak pakai baju tidur dulu. Sembang-sembang, and tiba-tiba Zaza duduk sebelah gua and peluk lengan gua. Menggeletar plak tu.
Zaza: ko dengar tak bunyi tu?
Gua: Bunyi apa?
Zaza: Ada bunyi kat bawah.
Gua: Housemate ko balik lah tu. Relaxlah.
Zaza: Taaakkk. Aku tau diorang takkan balik malam ni. Esok ahad kot.
Gua: Alaahhh, adelah tu tertinggal barang ke apa ke.
Zaza: Taaakkk. Aku taulah budak rumah aku. Tolong Na. Aku takut.
Si Zaza ni dah menangis-nangis dah ketakutan. Gua cuba tenangkan diri padahal dag dig dug jantung gua boleh tahan. Tak pernah kot gua lalui situasi macam tu. Cuba tenangkan si Zaza ni, sebab gua fikir kita kena tenang dan mengawal keadaan dan bukan keadaan mengawal kita. Suruh Zaza istighfar dan mengucap dan baca apa-apa surah yang kami masing-masing tahu. Tapi, dalam keadaan macam tu, memang tunggang-terbaliklah apa-apa pun yang dibaca.
Yang bestnya, terdengar plak derapan kaki naik tangga. Sebijik macam kaki manusia so gua a bit tenang lah jugak sebab memang gua yakin housemate dia yang balik. Gua bisiklah cakap konfem la housemate dia, tapi Zaza ni still menangis dan geleng-geleng kepala. And dengar plak bunyi gugusan kunci jatuh betul-betul depan pintu bilik si Zaza ni, tapi masa tu pintu bilik memang dah kunci since kitorang masuk bilik tu. Gua dan Zaza masing-masing terdiam, mata gua duk perhatikan bawah pintu kot-kot kalau nampak bayang-bayang, sah lah manusia kan. Itu firasat gua jer lah. Tapi memang takda bayang-bayang pun okay.
Zaza: Ko dah kunci pintu bilik air bilik sebelah?
Gua: Aku memang tak usik. Kalau ko dah kunci, kunci lah tu.
Zaza: Aku takutlah Na.
Elok je lepas tu, dengar pintu bilik sebelah macam terbukak. Gua dengan Zaza dah berpandangan.
Gua: Aku dah cakap housemate ko balik tu.
Tiba-tiba terdengar pulak pintu bilik air bilik sebelah macam ada orang pulas tombol. Tau kan yang bunyi bila kita terkunci bilik and try pulas-pulas tombol berharap tiba-tiba tombol kunci tu terbukak ke. Serius gua memang takut dan masing-masing muka gua dengan Zaza ni pucat. Kalau toreh pun takda darah kot. Sebab lama plak menatang tu main pulas-pulas tombol and “GEDEGANGGG”. Bunyi batu kena tingkap bilik. Nasib tak pecah. Terus bunyi tu stop.
Rupa-rupanya boyfren si Zaza yang campak batu ok. Dia bagi salam depan rumah dah lama tapi takda orang jawab padahal rumah terang-benderang and moto Zaza ada depan rumah. Tu yang dia pergi belakang, Panggil-panggil pun tak dengar. Campak batu la solutionnya.
Then, benda tu dah tak kacau. Stop macam tu je.
9. Rasuk di rumah ayah
Assalammualaikum..
Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun
yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga
tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah
dibeli oleh ayah.
Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya
agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong.
Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami
itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh
yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya.
Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang
berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di
biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah
sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa
saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera
bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai
terjatuh?" lalu adik menjawab, "Nek, adik nampak hantu, badan dia
besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek." Mungkin hantu
yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah.
Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, saya yakin adik
tidak berbohong.
Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini
lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, saya merasakan badan
saya agak lemah dan sakit kepala. Saya terus baring di sofa ruang
tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam saya dapat mendengar
ibu, pakcik dan makcik saya baru pulang dari tempat kerja pada jam 7
malam. Pada waktu saya berbaring di sofa, pakcik saya mengadu lehernya
sakit dan meminta nenek saya urutkan lehernya. Sedang nenek saya urut
leher pakcik, tiba-tiba pakcik saya itu ketawa. Katanya geli seperti
lehernya digeletek oleh nenek.
Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus
ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Pada masa yang sama, ibu
saya pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa
mengilai-ngilai. Makcik saya yang berada di situ seperti dirasuk dan
seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. Sambil menarik sesuatu
di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik saya menarik tali
yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya.
Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu saya sedang mencekik
diri saya sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu
saya tidak sedarkan diri. Adik dan kakak saya yang lain yang
menceritakan keadaan saya pada waktu saya dirasuk oleh makhluk halus.
Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh
kami. Rupanya keadaan badan saya lemah pada waktu petang itu kerana
ada benda sudah mula masuk dalam badan saya. Nasib baiklah nenek saya
tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar
manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan
menyewakan rumah itu. Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku
dalam hidup saya.
10. Rumah terbakar Seremban 2
Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat mengatakan kata tak nak masuk, mungkin trauma.. Tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang sampai 3 kereta, semua adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya..
Turun² je dari kereta pawang tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..” Sambil² tu salam dengan kitorang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat kitorang dah kene tarik.. Kena seru balik, aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Kitorang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam.. Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkn kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..
Lama jugak Tok Sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya tengok dari luar sebab dia pun aku rasa dah goyang lepas cuba matikan radio tapi plug tak bersambung.. Dalam van semua tekunci mulut, anak² buah si Man yang kecik² semua ketakutan. Apalah kes² macam ni bawak anak² kecik pulak. Tak pasal² budak² tu sekali trauma.. Tak lama pastu aku tengok Tok Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mahu je mata aku tejojol keluar tengoknya.. Mana tak nya, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. Masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan aku tengah tido² ayam aku cuit suruh tengok apa yang Tok Sheikh jinjing tu.. Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pulak terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu dekat dalam tong sampah..
Dia jerit² panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. Aku belari tengok. Ya betul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat. Aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu² bilik supaya tak tertutup dengan baju² kotor kitorang yang letak dalam bilik air.. Aku tak boleh nak cakap apa dah.. Macam mana boleh dalam tu pulak..
Tok Sheikh datang² kat kitorang marah² sebab tak buang anak patung ni. Aku dah tak tau nak cakap apa² dah, semua Man yang jawab.. Waktu tu jugak Tok Sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke apa ntah.. Sambil² tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah kitorang tu. Buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. Tiba² rasa lapang umah tu, tak ada la gangguan macam malam semalam.. Kitorang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknya yang dah pencen.. Yelah diorang nak pastikan betul² selamat, lepas tu diorang pun risau dengan keselamatan anak diorang..
Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa² berlaku, aku yang mula ragu² sekarang dah mula rasa selamat.. Sampailah hari Khamis siang ayah dengan Mak si Man duduk kat umah tu, langsung tak ada perkara pelik berlaku lagi.. Jadi Khamis petang tu mak ayah si Man nak balik, tapi sebab fikirkan dah jam 6 petang masa tu, hujan lebat pulak tu, ayah si Man tak confident nak drive kereta balik Sepang walaupun dekat je.. Dah berusia, mata pun tak berapa terang..Khamis malam jumaat tu la puaka rumah sewa tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si Man.
Malam Jumaat tu kitorang sembahyang Maghrib secara berjemaah. Selepas tu baca Yasin ramai² macam hari² sebelumnya, supaya puaka rumah sewa tu tak datang ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. Tengah baca Yasin ramai², tiba² pintu dapur di ketuk berkali² dan menyebabkan kitorang semua terhenti mmbaca Yasin. Air di dalam bilik air pulak mencurah² keluar. Tengah aku sibuk pandang pintu dapur yang diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah²..
Kitorang bangun beramai² sebab ayah Man suruh rapat², kemudian kitorang tutup air di sinki dan kedua² bilik air yang mencurah-curah.. Tapi tak berhasil bila air keluar balik lepas kitorang tutup. Nak tak nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. Itu je lah caranya. Ayah Man telefon Tok Sheikh bagitau yang puaka rumah sewa tu datang balik. Ntah apa yang dibisingkan Tok Sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. Masa mengubat hari tu tak ade pulak dia cakap pasal pantang² ni. Ni baru lah nak crita pasal pantang².. Kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia tak ada pesan apa² pun sebelum ni. Ye la macam seluar dalam dengan stoking tak kan la nak jemur kat luar pulak..
Dah puas puaka rumah sewa tu main air, dia kacau eletrik pulak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yang membuatkan aku tambah kecut.. Sebab lampu terpadam kitorang pakat² duduk kat bawah suis utama. Kemudian pasangkan balik lampu.. Kitorang duduk kat bawah suis tu. Tak ada pulak puaka rumah sewa tu main suis dah lepas tu.. Aku teringat lauk yang dah dibeli untuk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. Masa macam ni nak makan pun dah tak ada selera. Terbantut memikirkan benda hal macam ni.. Lepas tu si Man dengan ayahnya pergi dapur ambik lauk² tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah tak makan lagi puaka rumah sewa tu senang kacau kita sebab kita tak ada tenaga..
Aku hilang selera nak makan, Jadi aku minum je, air limau je aku buat tadi sebab belum beli kordial lagi. Lagi pun buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau satu jug.. Tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku perasan air tu jadi kuning. “Eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi..” Aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. Nasib baik aku perasan, kalau tak memang dah minum air kencing la gamaknya aku masa tu.. Masa mak si Man nak senduk nasik, dalam periuk nasi ada seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. Waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak mengalahkan bau nasi tu.. Aku sampai keluar rumah termuntah².. Manalah datangnya semua tu..
Sebab tak tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah. Memang sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon tak tau.. Tapi rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang².. Esok nak cari orang pandai mengubat kat kawasan Mambau. Lepas solat Jumaat tu cadang nak cari.. Sebab Tok Sheikh tu tak boleh percaya, sebab puaka rumah sewa tu datang balik, konon² pantang la apa lah, dah la bayar RM200 untuk mengubat tu..
Sibuk² berbincang tu, dalam jam 11 malam, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak² gelak² sambil dengar hentakan tapak kaki berlari² seperti yang kitorang alami hari tu.. Yang nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak² sambil membawa api, Tapi yang herannya kali ni aku, Man dan Wan tak nampak, yang nampak hanya ayah dengan mak Man je.. Kitorang hanya dengar suara gelak budak² je.. Tiba² mak si Man menjerit, “telekung tebakar,” cepat² kitorang masuk rumah takut² tak pasal² rumah pulak yang terbakar..
Memang tekejut tiba² telekung terbakar, kitorang rapat² jugak sambil duduk kat bawah suis utama tu. Hairan macam mana telekung tu boleh tebakar.. Mak dengan ayah Man kata diorang sendiri nampak puaka rumah sewa tu yang bakar, tapi pelik kali ni kitorang tak nampak, yang nampak hanya telekung yang berlipat tiba² tebakar.. Bunyi gelak² tu sayup² je lepas kitorang masuk rumah tu, tapi tiba² ada bau tengik macam sesuatu hangus.. “YaAllah,” ayah si Man menjerit tengok sejadah terbakar, masa tu aku tak nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana ada air, aku guna air mineral dalam botol kat depan aku untuk makan tadi, sambil² aku hempas² sejadah tu..
Memang tak boleh jadi kali ni, dah sampai bakar² barang pulak.. Tapi kali ni aku tak la setakut haritu, mungkin sebab ramai, lepas tu ada orang tua pulak tu, rasa macam selamat sedikit walaupun ancamannya lebih bahaya.. Lepas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si Man ambil air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. Padahal kitorang dekat dengan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok² dah terbakar besar..
Tak habis itu saja, kotak² pon habis tebakar ssemua, tak tau lah nak buat apa lagi. Akhirnya kitorang angkat semua barang bawak ke luar rumah, apa yang boleh tebakar je semua kitorang angkut pergi keluar rumah, letak kat luar pintu.. Tengah sibuk angkat kotak² tu, tiba² rasa asap banyak dari dalam bilik aku, aduh!.. Rupa²nya kain pelikat yang aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak² hujung kain tu, sebab air dah tak ada pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku² tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati..
Masa tu jugak si Man telefon uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. “Itu rumah baru mana ada masalah,” uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni masalah rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab, “kalau u nak keluar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia tak nak bagi balik..” Tu je la yang si man cakap ngan aku.. Nak tak nak aku cakap dengan diorang kita kene pulihkan rumah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah lain dah.. Rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air dengan eletrik rm200, sewa sebulan rm270..
Sebab dah pagi, kesian kat mak si Man yang dah macam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. Tapi biarkan pintu umah tu terbuka je.. Tingkap pintu kereta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan pulak. Sampailah pagi subuh tak ade apa² berlaku sampailah ayah si Man pasang kaset mengaji kat dalam kereta, jadi apa berlaku kat dalam rumah tak dengar.. Memang aku tak boleh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak tak nak aku fikir terpaksa la ponteng.. Aku dengan si Wan memang tak boleh tido, tak tau kenapa. Si Man dan family dia semua nyenyak je tido..
Dalam jam 5 pagi tu, tiba² atas kereta macam dipijak², semua terjaga sebab seperti orang meloncat² sambil berlari² atas kereta.. Aku tunduk masa tu, tiba² aku dengar mak si Man menjerit, aku pun terpandang kat cermin depan selipar aku dengan kasut si Wan berjalan sendiri tapi macam di engsotkan.. Si Man keluar dari kereta, lepas tu cuba ambik kasut dengan selipar tu dan baling ke pintu grill.. Waktu tu aku boleh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku tak tau apa benda sebab tak nampak.. Tapi aku rasa mesti puaka rumah sewa yang kitorang nampak sebelum ni..
Waktu tu juga ayah si Man azan, dan aku baca ayat kursi kuat², sampailah jam 6.30 pagi hari dah nak siang.. Kesian aku tengok mak si Man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku tengok dia macam meracau sekejap sebelum suami dengan anak dia tenangkan.. Jam 8.00 pagi tu abah si Man suruh kitorang angkat² semua barang masukan dalam kereta.. Habis semua bertabur kat bonet keta, kecuali penyapu, baldi dan benda² besar tu tak bawak, kereta manalah nak muat.. Sebab tak puas hati kat tuan rumah, aku solex kan aje rumah tu pintu dapur dan pintu depan, pastu lampu dan kipas aku biarkan terpasang je.. Biar dia bayar eletrik mahal bulan nih, lepas tu nak masuk rumah kena potong dulu solex tu. Dah dia main² kan kitorang, lepas tu nak pulangkan duit deposit sikit pun tak ada..
Jumaat tu kitorang tak pergi kelas, lepas tu menumpang kat rumah sedara si Man di Bukit Chedang untuk sementara waktu, susah jugak la, walaupun dekat dari kolej tapi tak ada bas, Man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. Sebelum menyewa kat Central Park dengan 2 orang lagi budak kelas kitorang.. March 2002, keluar di Surat Kabar Metro pasal rumah terbakar sendiri di Seremban 2.. Aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah² kat rumah yang aku pernah sewa dulu tu.. Siapa ada berita pasal tu, tolong la kongsi URL kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tapi dah nak 11 tahun berlalu, ntah mana aku letaknya..
11. Rumah sewa berhantu dan Pak Cik Harun
Al-kisahnya bermula pada waktu Ajwad baru sahaja berjaya menamatkan pelajarannya di sebuah Universiti di Ipoh, Perak. Dengan keputusannya yang agak cemerlang
baik akademik mahupun kokurikulum, Ajwad berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah
syarikat yang agak ternama di Ipoh, Perak.
Ajwad adalah seorang yang baik dan agak pendiam. Dia ini jenis yang tidak suka dengan suasana yang bising. Dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, dia membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah dan tinggal seorang diri supaya senang tidak timbul masalah antara rakan-rakan rumah berkenaan bayar sewa, bayar bil air, elektrik, astro dan sebagainya.
Lagipun Ajwad adalah seorang yang anti-rokok. Khabarnya Ajwad akan mengalami
sakit kepala seakan-akan migrain sekiranya dia terbau asap rokok dalam jangka masa
yang panjang.
Dipendekkan cerita, dia pun jumpa lah sebuah rumah yang dirasakannya amat puas hati
kerana keselesaan rumah itu dan juga berbaloi dengan harga. Selepas bertemu
tuan punya rumah dan dia pun dah lihat semua keadaan rumah itu yang dilengkapi semua
peralatan-peralatan asas seperti TV, kuali, peti sejuk, kipas dan sebagainya, dia pun
tanpa berfikir panjang, terus bersetuju dan terus membuat bayaran deposit serta bayaran
untuk sewa pada bulan itu.
Setelah membuat persetujuan, dia pun cepat-cepat mengangkat barang-barang dari kereta
untuk diangkut ke rumah tersebut supaya selepas ini dia boleh rehat-rehat dan tidur.
Setelah selesai mengangkat barang dan mengemas rumah, dia berfikir tentang apa yang akan
dia nak buat lepas ni.
Oleh kerana rumah teres yang disewakan ini agak terasing dengan rumah yang lain, dia pun
berfikir untuk memasang CCTV dan alat penggera untuk keselamatan sekiranya ada
pencuri atau perompak. Al-maklum, malam-malam di rumah itu, Ajwad dapat jangkakan memang
gelap gelita. Namun, duit masih belum cukup. Dia terpaksa tunggu untuk dapat gaji pertamanya dahulu.
Sambil-sambil berbaring memikirkan macam-macam benda tu, tiba-tiba Ajwad terlelap di atas sofa
yang sudah tersedia di rumah tersebut.
....
....
Sebaik sahaja dia sedar, hari sudah malam, dia langsung tak nampak apa-apa. Rumahnya sangat gelap gelita.
Dia lupa nak pasang lampu tadi. Tapi dia tak jangka pulak rumahnya akan gelap sampai tak
nampak apa-apa langsung macam ni!!
Ajwad pun bangun, menyeluk poketnya mengambil telefon pintarnya.
Sambil dia membelek-belek telefonnya mencari 'apps' untuk lampu suluh, tiba-tiba dia terdengar bunyi
seakan-akan ada seseorang sedang mandi di bilik air. Ajwad yang sentiasa berfikiran positif ini, dia
langsung tidak menganggap bunyi air itu adalah hasil daripada bunyi daripad hantu atau makhluk halus.
Tetapi, dia menganggap ada orang lain di dalam rumahnya (seperti cerita seram 'Night Vision' pada
zaman dahulu kala yang mengisahkan tentang sebuah rumah sewa dikongsi berdua TANPA DISEDARI!), itulah
yang difikirkan oleh Ajwad.
Oleh kerana itu, dia mengambil langkah supaya tidak menyalakan lampu suluh dan bergerak secara perlahan-lahan
dan secara senyap. Dia cuba mendekati bunyi seakan-akan orang mandi itu. Semakin lama, bunyinya semakin dekat.
Beberapa minit kemudian, dia ternampak dari jauh sebuah bilik yang menyalakan lampu, dan dia yakin bilik itu
adalah tandas bunyi air tersebut. Dia pun meneruskan langkah mendekati bilik air tersebut.
Dalam hati Ajwad, 'adakah patut aku tanya siapa di dalam?'.
Sedang dia berfikir, dari jauh kelihatan pintu bilik air itu terbuka.
Dia membuat keputusan untuk mengintai siapakah di dalam bilik air tersebut.
Sebaik sahaja dia sampai di pintu bilik air tersebut. Dia terus hidupkan telefon,
dan menghulurkan telefonnya di celah-celah atas pintu untuk merakam siapakah
yang berada dalam tandas bilik air.
Selesai sahaja merakam dalam 10 saat video, dia meloloskan diri ke tempat yang
dirasakan tempat yang selamat untuk bersembunyi. Terus dia hidupkan telefon dan
mainkan video tersebut.
Alangkah terkejutnya Ajwad apabila di dalam video itu menunjukkan paip air langsung
tak berbuka, langsung tiada orang yang mandi dalam tu!!.
Ajwad pun terus berlari ke arah bilik air yang masih lagi berbunyi air itu, lalu
melihat ke arah bilik air itu. Sebaik sahaja pandangan matanya ingin melihat di dalam
bilik air tersebut, tiba-tiba sahaja bunyi orang mandi itu hilang!.
Ajwad terjatuh seketika kerana terkejut.
Namun, Ajwad bangkit kembali dan terus berlari mencari pintu keluar untuk tenangkan diri.
Sambil dia berlari, tersepak pulak penyapu di tengah jalan yang digunakannya untuk
kemas rumah tadi.
Ajwad terjatuh dalam keadaan berbaring dan dia seakan-akan lumpuh sementara.
Di dalam posisi Ajwad yang terbaring itu, pandangan Ajwad betul-betul tepat
ke bawah meja makan. Alangkah terperanjatnya apabila Ajwad ternampak
seakan-akan wanita strok berada di bawah mejanya.
Dalam keadaannya yang sakit dan tidak mampu bergerak, Ajwad hanya mampu
menjerit sekuat hatinya sambil menutup mata.
Sehingga lebih kurang 15 saat dia menjerit tanpa henti,
tiba-tiba dia terasa tamparan yang sangat kuat di pipinya..
'Woi woi, ko ok tak ni?'
Ajwad dengan perlahan memperlahankan jeritannya dan membuka matanya.
Kelihatan rumahnya sudah cerah dipasang lampu. Dan ada seorang pak cik yang
tidak la tua sangat (umur dalam 40an), berkupiah, berjanggut dan bermisai nipis, berada di depannya seraya bertanya,
'Ko kenapa ni? Nampak hantu?'..
Ajwad mengangguk kepalanya dan menunjukkan jarinya ke bawah meja....
Ajwad agak terkejut kerana benda tu dah takde...'Tadi,, tadii, benda tu ada bawah meja tu, pak cik!', ujar Ajwad.
Pak Cik tu berkata, 'takde apa lah tu. Ko je yang pikir bukan-bukan..'..
Ajwad hanya mampu 'Ooohh.. err okay', dengan mukanya yang kelihatan agak pucat dan ketakutan.
'Macam ni lah, nama pak cik, Pak Cik Harun. Pak Cik tinggal diseberang sana..', sambil menunjukkan sebuah rumah
yang tidaklah jauh sangat (dalam 100meter-200meter).
'pak cik ada kerja ni, kena balik...kalau ada apa-apa masalah, kamu boleh panggil pak cik. Ataupun ambik no telefon pak cik ni. Kalau nampak apa-apa lagi, contact pak cik', sambung Pak Cik Harun sambil menghulurkan bisnes kadnya.
Pak Cik Harun pun berlalu meninggalkan rumah tersebut.
Ajwad pun dengan mukanya yang agak ketakutan, bangun, berjalan perlahan-lahan, mengintai-intai di sekeliling kalau ada apa-apa lagi.
Kelihatan seperti tiada apa-apa lagi benda yang menyeramkan. Dia berfikir mungkin itu hanya ilusi sahaja kerana maklumlah dia
baru sahaja bangun tidur dan keletihan.
Dia pun tersenyum sendiri.. Sambil itu, dia baca bisnes kad yang berada di tangannya.
'Pengurut Zahir & Batin pun ada kad bisnes? Hebat pak cik ni. Kad pun boleh tahan lawa', katanya dalam hati.
Ajwad pun pergi ambil tuala yang masih lagi ada dalam beg besarnya itu dan terus menuju ke bilik air untuk mandi...
Masuk je bilik air, dia terus pasangkan 'air hujan' dan mandi...
Dalam beberapa minit, tengah-tengah seronok dia mandi, tiba-tiba dia teringat akan kejadian tadi.. menyebabkan dia berasa
agak takut. Dia pun memperlajukan kemandiannya sambil melihat atas kiri kanan belakang depan. Siap je mandi, terus dia pecut berlari masuk ke biliknya.
Tengah-tengah dia berlari menuju ke bilik, dia terasa seakan-akan ada seseorang mengikutinya.
Sampai je di bilik, dengan lajunya badannya berpusing menghadap ke belakang (dengan posisi siap sedia untuk berlawan).
Kelihatannya langsung takde apa-apa. Dia pun mula yakin bahawa ini semua hanya mainan perasaan yang memperbodohkan dia.
Oleh kerana hari itu dia tersangat letih, dia mengambil keputusan untuk terus tidur. Dia pun terus memakai boxernya, kemas-kemas sedikit
katil dan biliknya.
Dan terus dia mendaratkan dirinya ke atas katil besarnya itu.
Dia pun mematikan lampu dengan menekan suis yang berada hanya di katilnya iaitu di atas kepalanya.
'ketakkkkk'.. Biliknya sekarang gelap gelita. Dan Ajwad pun menutup matanya cuba untuk tidur kerana hari esok, dia akan
memulakan hari pertama bekerja di sana.
Dalam hatinya 'Ahhh sedapnya tidur atas katil besar dan empuk ni. Bilik pun sejuk. Beruntung aku sewa rumah ni. Dah la murah.
Berbaloi baloi', sambil tersenyum sendiri...
....
....
....
....
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi angin yang sangat kuat di luar secara tiba-tiba.
Kedengaran juga seperti pokok di luar rumahnya yang bergoncang mengenai tingkap biliknya.
Bunyi bising ini menyebabkan Ajwad membuka matanya dan melihat ke arah tingkap.
Memang betol ada pokok yang bergoncang di luar rumahnya.
Dia buat tak tahu je. Dan terus sambung tidur.
Namun, bunyi bising tersebut memang menganggu tidurnya.
Lalu dia bertindak mengambil parang yang berada di dalam biliknya dan terus menuju ke tingkap.
Sambil menuju ke tingkap tersebut, terdetik dalam hatinya 'Eh, bila masa parang ni ada dalam bilik aku?'..
Ajwad merasa agak hairan kerana dia sendiri tidak pasti adakah parang tersebut sudah sedia ada dalam biliknya atau tidak.
Namun, oleh kerana mengantuk, Ajwad abaikan mengenai hal itu dan terus ingin membuka tingkap untuk menebas dahan-dahan pokok yang
terkena tingkap bilik Ajwad...
Sebaik sahaja Ajwad membuka tingkapnya, tiba-tiba muncul satu lembaga berupa seperti seorang perempuan gila sambil gelak-gelak halus macam orang gila yang menakutkan.
Ajwad terkejut lalu terjatuh ke belakang.
Kelihatan hantu tersebut terbang memasuki bilik Ajwad.. Ajwad pun apa lagi!!! Terus Ajwad buka pintu bilik dan pecut lari..
Dalam berlari itu, sempat Ajwad menoleh ke belakang.. Kelihatan hantu itu masih mengejarnya seperti seorang perempuan gila yang berlari anak dan senyum macam orang gila tahap kronik dengan matanya yang bulat dan menyeramkan.
Melihat hantu seperti orang gila yang mempunyai ciri-ciri orang gila cukup lengkap itu menyebabkan Ajwab bertambah takut yang teramat,,
sehinggakan Ajwad menjerit dan pada masa sama rasa macam nak pengsan....
Tiba-tiba sahaja,,, Ajwad seolah-olah tersedar dari mimpi..
dan ternyata ianya memang cuma mimpi...kerana apabila Ajwad bangun,
Ajwad dapati dia sekarang berada di atas katilnya, bukannya di luar.
'Ohh, patut la tiba-tiba ada parang dalam bilik aku..
padahal aku tak ada parang pun', kata Ajwad dalam hatinya.
Tetapi Ajwad tetap merasa hairan kerana mimpi tersebut
seperti bukan mimpi...
Rasanya seperti real...
Namun, Ajwad abaikan sahaja...Selepas mengelamun beberapa minit,
Ajwad lihat di tingkap biliknya, kelihatan seperti sudah subuh..
Ajwad pun melihat telefonnya. Ajwad terkejut apabila jam pada telefonnya
menunjukkan sudah pukul 7.30 pagi. Ini hari pertama Ajwad pergi kerja.
Dia tahu dia tak sepatutnya lewat!
Ajwad pun cepat-cepat pergi mandi, dan blah.
Dengan menaiki kereta Perodua Viva barunya itu, akhirnya tepat pukul 8,
Ajwad sampai di tempat kerjanya yang tidak lah jauh mana dari rumahnya.
Sebab itu lah Ajwad berasa sangat beruntung dapat rumah sewa murah tu.
Sampai je di tempat kerja, dia bersyukur kerana bosnya takde lah
berlagak macam dalam TV selalu kita tengok.
Dalam TV, kalau bos je, mesti berlagak. Tapi bos Ajwad menyambut
kedatangan Ajwad dengan senyuman dan dengan
baik sekali. Nama bos Ajwad adalah Encik Nazri.
Macam biasa, bos perkenalkan Ajwad kepada rakan sekerjanya, mereka
bersalaman. Selepas selesai semua, bos menerangkan
tentang kerja Ajwad apa perlu dia buat. Selepas semuanya selesai.
Ajwad terus mulakan kerja.
Sampai je pukul 1 petang, bos ajak Ajwad lunch sama-sama di kedai berdekatan.
Al-maklum, hari pertama. Dan Encik Nazri ni memang seorang yang suka mengambil
tahu dan prihatin terhadap pekerjanya.
Bagi Encik Nazri, penting untuk mengenali ciri-ciri dan perangai setiap
seorang pekerjanya supaya setiap pekerjanya
selesa membuat kerja. Sambil-sambil makan, bos bersembanglah.
'Ada sedara-mara ke kat sini? ke kamu menyewa, Ajwad?', tanya Encik Nazri pada Ajwad.
'Eh, takde tuan. Saya sewa rumah dekat hujung tu haa.. Tak jauh pun.', jelas Ajwad.
'Dalam lorong sebelum 7-Eleven tu ke?', tanya Encik Nazri lagi.
'Yep tuan'..
'Rumah kamu yang paling hujung belah kanan?', tanya Encik Nazri seperti kehairanan.
'Ha'ah, yang itulah... Kenapa tuan? Macam pelik je gaya tuan tanya soalan tu?', sambung Ajwad.
'Err tak.. Jap. Kamu tidur di rumah tu la semalam?', tanya Encik Nazri lagi.
'Ye tuan.. Bimbang datang lewat. Tu yang terus datang tido sana.', jelas Ajwad.
'Err.. Eh dah lewat ni, jom sambung kerja. jom jom..', kata Encik Nazri.
Ajwad berasa agak hairan. Kenapa dengan Encik Nazri ni.
Jam di telefonnya masih menunjukkan pukul 1.30. Belum pukul 2 petang.
Bermakna belum lewat la.
Tapi mampus dia lah. Ajwad pun hanya menuruti sahaja, 'ok ok baik bos'.
Dia pun menyambung kerjanya.
Sehinggalah pukul 5 petang.
Sebaik sahaja dia ingin pulang, tiba-tiba bos menyapanya,
'Ajwad, seeloknya kamu pindah la rumah lain'....
Itu sahaja nasihatnya..
Ajwad pun pulang menaiki kereta Viva comelnya itu.
Dalam perjalanan ke rumah, dia masih lagi memikirkan berkenaan nasihat bos tadi..
'Kenapa bos suruh pindah?', Ajwad masih lagi kehairanan.
Namun, Ajwad hanya endahkannya sahaja.
Sebaik sahaja Ajwad tiba di rumah, Ajwad terperanjat kerana semua pintu dan tingkap
rumahnya terbuka luas seperti ada seseorang yang memasuki rumahnya.
Ajwad pun berhentikan keretanya agak jauh dari rumahnya dan ingin masuk.
Ajwad berjalan perlahan-lahan menuju rumahnya. Dari jauh, Ajwad nampak
seakan-akan ada seorang wanita. Wanita tersebut seperti wanita gila yang
dalam mimpi Ajwad semalam.
Ajwad pun apa lagi!! Terus berlari masuk kereta.
Tanpa fikir panjang, dia terus ke rumah Pak Cik Harun yang pernah masuk
rumahnya kelmarin.
Lebih kurang selepas 5 minit, dia pun sampai di rumah Pak Cik Harun.
Rumah Pak Cik Harun kelihatan agak menyeramkan.
Namun Ajwad memberanikan diri pergi ke rumah Pak Cik Harun dan
memanggil-manggil namanya.
Namun, rumah Pak Cik Harun sebenarnya telah usang, kosong, sunyi, dan langsung tidak berpenghuni.