"Covid-19 Boleh Berjangkit Pada Haiwan Ke?" - Dr Veterinar Beri Penjelasan Tentang Isu Ini
Jangan pula tiba-tiba semua orang pergi buang kucing masing-masing sebab takut. Baca dulu dan paling penting, jangan sebarkan sesuatu yang tidak pasti.
Pada Ahad lalu, 5 April, seekor Harimau Malaya di sebuah Zoo di New York telah disahkan positif Covid-19 dipercayai berjangkit dari manusia
Nadia, 4 tahun, berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti Covid-19 ini daripada manusia iaitu berkemungkinan daripada penjaga zoo sendiri.
Baca laporan mengenai Nadia di sini.
Oleh disebabkan itu, nama 'Nadia' telah mulai disebut dan diperbincangkan di media sosial sehingga trending di Twitter semalam, 6 April 2020
Ramai juga yang masih belum jelas sama ada wabak virus Covid-19 ini boleh merebak kepada haiwan atau tidak. Ini kerana Nadia merupakan kes pertama yang melibatkan harimau.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca perkongsian seorang Doktor Veterinar iaitu @DrAfiqS mengenai penjelasan isu ini. Perkongsian tersebut telah dikongsi melalui rangkain tweets dan sehingga kini sudah berjaya meraih lebih 11.9 ribu retweets dan 11.3 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Memang ada bukti menunjukkan Covid-19 ini berasal dari haiwan. Namun, sehingga kini masih belum ada bukti saintifik untuk membuktikan hal tersebut.
Ada kemungkinan virus Covid-19 ini boleh berjangkit dari manusia ke haiwan. Ini kerana buat masa sekarang, virus ini banyak ada pada manusia.
"Tidak ada bukti saintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran covid-19."
Di bawah merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan haiwan peliharaan anda dari dijangkiti virus merbahaya ini:
Kepada semua pemilik haiwan di luar sana, jangan panik dan buang haiwan peliharaan anda sebab takut kerana hingga kini masih BELUM ADA BUKTI kes penularan Covid-19 ini dari kucing atau anjing kepada manusia.