seismik

Harimau Malaya Di New York Disahkan Positif Covid-19 Dipercayai Berjangkit Dari Manusia

Harimau tersebut yang diberi nama Nadia, berusia 4 tahun kini berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti Covid-19 ini daripada manusia.

Cover image via Google

Umum maklum bahawa penularan wabak virus Covid-19 kini kian memuncak di Malaysia mahupun di seluruh dunia yang terkesan akibat wabak penyakit berjangkit ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Pandemik Covid-19 ini telah disahkan merebak di negara Malaysia bermula 25 Januari 2020.

Sehingga kini, mengikut statistik terbaru WHO pada 5 April 2020, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di seluruh negara telah mencapai 1,197,584 orang. Manakala jumlah keseluruhan kematian pula adalah seramai 64,610 orang untuk 180 negara yang terlibat dengan pandemik Covid-19 ini.

Di bawah merupakan pecahan mengikut negara:

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan adalah kes terbaru di New York melaporkan seekor Harimau Malaya telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lepas di Zoo Bronx

Nadia, 4 tahun.

Image via Astro Awani

Nadia, 4 tahun, berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti Covid-19 ini daripada manusia iaitu berkemungkinan daripada penjaga zoo sendiri.

Menurut laporan, Nadia dikatakan mengalami batuk kering dan kurang selera makan. Kes tersebut telah dilaporkan sendiri oleh Paul, Ketua Veterinari zoo tersebut pada Ahad lalu.

Tambahan pula, Nadia dikatakan telah mula menunjukkan simptom pada 27 Mac dan kes ini dikatakan sebagai 'unik' kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.

Paul menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama mereka tahu mengenai kes jangkitan manusia ke haiwan dan menjadikan haiwan itu jatuh sakit

Paul juga berharap mereka akan dapat pemahaman yang lebih jelas berikutan perkara ini dan boleh berkongsi kajian mereka bersama zoo dan institusi lain.

Dia menjelaskan bahawa selain Nadia, tiga harimau lain dan tiga singa turut mengalami batuk kering, namun hanya Nadia yang menjalani ujian Covid-19 kerana ia mengalami simptom paling teruk dan mula hilang selera makan.

Tambahan pula, pihak zoo ingin mengelak daripada menguji harimau dan singa lain kerana tidak mahu meletakkan mereka bawah anestesia. Ini kerana harimau dan singa lain tidak begitu kritikal seperti Nadia.

Nadia telah menjalani ujian X-Ray, ultrabunyi dan juga ujian darah untuk memahami lebih mendalam tentang penyakitnya sebelum menjalani ujian Covid-19

Mereka mempertimbangkan untuk melakukan ujian tersebut ke atas Nadia apabila melihat situasi parah di bandar New York yang kini menjadi pusat penularan wabak koronavirus di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada kajian yang boleh membuktikan bahawa Covid-19 ini boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.

Sehingga kini, Zoo Bronx di New York masih ditutup sejak pertengahan Mac

Bronx Zoo, New York.

Image via Square Space

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik: