Cuci Surau Sebab Bosan & Nak Jadi Bilal Bila Besar, Ramai Kagum Dengan Budak 13 Tahun Ini!
Alhamdulillah.
Musim cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula sejak pertengahan bulan November lalu
Buat kebanyakan kanak-kanak, cuti sekolah inilah waktu yang ditunggu-tunggu kerana mereka tidak perlu lagi bangun pagi untuk ke sekolah.
Kebiasaannya pada musim cuti ini, ibu bapa akan mula mencari idea serta aktiviti untuk dibuat bersama anak-anak. Ada yang akan membawa mereka pergi bercuti, ada juga yang akan melakukan aktiviti di rumah sahaja.
Namun, baru-baru ini tular di laman Twitter tentang beberapa orang kanak-kanak yang telah mencuci surau kerana bosan tatkala sedang cuti sekolah
Melalui perkongsian di laman Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Utter telah berkongsikan pengalamannya bertemu dengan beberapa orang kanak-kanak tersebut yang difahamkan telah mulai mencuci surau berkenaan seawal jam 7.30 pagi.
Utter kemudiannya telah membawa mereka semua ke sebuah kedai makan berhampiran untuk bersarapan. Ketika sedang berbual-bual, salah seorang daripada kanak-kanak itu berkata kadang-kala mereka akan menjadi bilal melaungkan azan dan menjadi imam ganti untuk solat fardhu.
Bukan itu sahaja, apabila ditanya tentang cita-cita apabila dewasa kelak, salah seorang daripada kanak-kanak itu berkata ingin menjadi bilal masjid negeri sekali gus membuat Utter terkedu.
Susulan tularnya tweet tersebut, rata-rata warganet turut kagum dan memuji kanak-kanak berkenaan dan telah meninggalkan komen positif diatas posting yang dibuat oleh Utter itu.