seismik

"Dah Macam Gaji Sebulan" - Member Terkejut Tengok Jumlah Baki Duit Kad TnG Rakannya Ini

Wow, banyak tu.

Cover image via @ricxxxkiddo (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita memandu jauh, pembayaran tol adalah perkara yang wajib kita akan nampak

Jika dahulu pembayaran tol dibuat secara tunai, namun dengan peredaran zaman kini ia lebih memudahkan kita dengan pembayaran secara menggunakan kad Touch n' Go, RFID dan kini debit card.

Sudah tentu antara perkara yang perlu kita bersedia adalah dengan menambah nilai siap sebelum melalui tol. Kalau tidak satu kerja pula tersangkut pada tol nanti sebab bagi tidak cukup.

Namun, berbeza pula dengan video di laman X ini apabila seorang lelaki terkejut melihat baki kad TnG rakannya.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi.

Rakannya yang sedang memandu kemudian meminta rakannya meneka berapakah jumlah baki di dalam kad TnG miliknya dan menjawab mungkin dalam RM10 hingga RM30.

Namun, lelaki berkenaan mula scan pada mesin TnG itu dan alangkah terkejut rakannya melihat baki di dalam kad itu berjumlah lebih dari RM1,000.

"Bayangkan card tu tercicir or hilang. Mau meraung wei" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 603.2K views, 1.2K repost dan 3.8K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Banyak-banyak nak pergi mana bang? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: