seismik

[VIDEO] Muka Banyak 'Happy', Wanita Mengandung Lega Akhirnya Dapat Bau Benda Mengidam

Lain macam ni kak.

Cover image via @mimiaina1 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita mengandung sememangnya perlu diberi perhatian lebih terutamanya daripada suami

Dalam fasa ini, pelbagai perkara yang dimahukannya. Sampai kadang kala benda yang dia idamkan itu sukar untuk didapatkan oleh suami.

Tetapi, bukanlah semua wanita mengandung itu mengidam yang pelik-pelik. Kebiasaannya, mereka mahukan makanan saja.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang wanita mengandung ternyata mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang sedang mengandung berada di hadapan sebuah kedai sambil menunggu.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah dia dilihat mencium bau tayar baru berkenaan. Difahamkan, ia bagi melepaskan rasa mengidamnya untuk bau tayar baru tersebut.

"Aku dulu time pregnant suka bau rumput yang dah kena mesin tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan berkongsi perkara sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 314.8K views, 23.3K likes dan 906 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Masih dapat kawal lagi suami dia kalau nak bau tayar je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: