seismik

Dahlia Jumpa Kanak-Kanak Sesat Di Korea, Bagi Roti Untuk Tenangkan Raih Perhatian Netizen

Kanak-kanak tu pun pandai bagi hint batuk tanda nak roti.

Cover image via @dahliarizalfans (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk memberi pertolongan jika terjumpa seorang kanak-kanak yang tersesat atau bersendirian di tempat umum

Itulah yang terjadi kepada pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal terjumpa seorang budak lelaki yang tersesat ketika melancong ke Korea Selatan.

Menerusi video yang tular di platform Tiktok, Dahlia memimpin tangan kanak-kanak itu dan cuba menenangkannya dengan memberi roti.

Apa yang lebih menarik adalah apabila kanak-kanak lelaki itu dilihat batuk seperti memberi hint inginkan roti tersebut.

Dahlia membawa kanak-kanak itu kepada penterjemah mereka dan cuba untuk berkomunikasi dengannya. Namun, penterjemah tersebut juga tidak memahami apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan penduduk di kawasan itu dan kejadian berakhir apabila mereka membawa budak lelaki itu ke balai polis. Selepas beberapa minit menunggu, abang kepada kanak-kanak itu datang mengambilnya.

"Pandai dia batuk tutup mulut. Comel ja tengok tangan dia tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan komen mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 85K likes dan 578 comments di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman TikTok:

Budak kecil tu pun comel je pegang tangan Dahlia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: