seismik

Tular Video BMW 6 Series Dimasuki Air Banjir Lumpur Ini Tarik Perhatian Warganet

Aduh, maintenance tinggi ni kalau ada yang rosak.

Cover image via @annazrulan (X)

Banjir kecil telah melanda beberapa kawasan baru-baru ini di Selangor

Menerusi perkongsian di media sosial, banyak video kejadian banjir dapat dilihat berlaku di negeri itu.

Menerusi beberapa video yang tular itu, kelihatan sebuah kereta BMW 6 Series dimasuki air banjir lumpur di Bangi telah mencuri tumpuan ramai.

Kuantiti air yang masuk ke dalam kereta tersebut amat banyak menyebabkan pemilik kereta itu terpaksa untuk mencedok air banjir keluar.

Apa yang menarik adalah apabila pemilik kereta BMW 6 Series itu masih boleh tersenyum walaupun keretanya dimasuki air banjir.

Image via @annazrulan (X)

"Kena standby plastik bungkus kereta la lepas ni siap-siap" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan komen mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 85K views, 203 likes dan 13 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via @annazrulan (X)
Image via @annazrulan (X)

Lihat video penuh di bawah:

Makan modal ni bang kalau rosak :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: