Dapatkan Data Roaming PERCUMA Di 150 Buah Negara Dengan Tune Protect. Travel Jom?

Worry-free! :D

Artikel ini ditaja oleh AirAsia Tune Protect.

Kalau nak bercuti menaiki kapal terbang, berapa ramai antara anda yang akan ambil insurans perjalanan?

Segelintir orang mungkin akan berfikir, “Alah, pergi kejap je ni. Tak payah ambil pun tak apa. Dahlah mahal! InsyaAllah tak ada apa ni”.

Yakinnya kamu!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Allure

Bagi yang biasa ambil insuran perjalanan, tahniah kerana masih sayangkan diri sendiri. Kepada yang selalu tak ambil, ketahuilah bahawa ia penting kalau ada insiden seperti beg hilang atau kena curi dan bila anda tiba-tiba sakit lalu ditahan dalam wad semasa bercuti. Sangat membantu sebenarnya.

Ingat, kos perubatan di negara orang tak sama macam di Malaysia. Silap haribulan, 10 kali ganda lagi mahal. Hajat nak bercuti, tapi tergendala dengan kos perubatan yang melambung.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Upgraded Points.

Sebagai langkah berjaga, sebelum bercuti boleh ambil dahulu insuran perjalanan dari Perlindungan Perjalanan AirAsia (AirAsia Travel Protectionini.

Perlindungan Perjalanan AirAsia ini merupakan Perlindungan Perjalanan #1 di Malaysia. Ada promosi baharu yang kini diperkenalkan.

Image via AirAsia

Sebab apa kami cadangkan untuk ambil perlindungan perjalanan, sebab ada promosi terbaru daripada Tune Protect X Flexiroam yang menawarkan 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA apabila anda membeli insuran perjalanan daripada Perlindungan Perjalanan AirAsia.

Image via Tenor

Untuk pengetahuan anda, Flexiroam ialah pengendali rangkaian mudah alih global yang boleh digunakan di lebih 150 buah negara. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membeli Perlindungan Perjalanan AirAsia sebelum pergi bercuti. Secara automatik anda boleh menebus Flexiroam X Starter Pack yang disertakan 1GB data perayauan bernilai US$35 (RM145.00).

Aktifkan 1GB data perayauan Flexiroam dan ianya boleh digunakan selama 3 hari sepanjang tempoh percutian anda. Jika anda bercuti lebih daripada 3 hari, anda hanya perlu tambah nilai pelan data ini melalui aplikasi Flexiroam X.

Ingin tahu apa yang anda akan dapat dengan pembelian Perlindungan Perjalanan AirAsia daripada Tune Protect ini?

Anda bukan sahaja akan mendapatkan 1, 2 atau 3, tapi lebih 22 manfaat yang mampu melindungi bukan sahaja diri sendiri, malah keluarga anda juga akan dilindungi! Semuanya serendah RM10/perjalanan.

Tidak seperti sesetengah penyedia pelan perlindungan yang lain, Tune Protect melindungi anda sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Ini termasuklah pembatalan perjalanan sebelum terbang, kemalangan ketika melancong, kehilangan dokumen dan wang, kelewatan atau kerosakan bagasi dan banyak lagi.

Jika anda ingin mengetahui lebih info dan apa yang ditawarkan oleh Tune Protect, boleh klik sini.

Jangan lupa dapatkan Perlindungan Perjalanan AirAsia bila membeli tiket penerbangan untuk percutian yang seterusnya. Klik je icon di bawah:

Image via AirAsia

Bukan sahaja anda akan dilindungi daripada serendah RM10/perjalanan, anda juga
boleh menikmati 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web Perlindungan Perjalanan Nombor #1 di Malaysia.

*Promosi tertakluk kepada terma dan syarat.*

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment