Datuk Siti Nurhaliza Tunaikan Hasrat Anak Mangsa Nahas DUKE Untuk Bertemu Dengannya
"InsyaaAllah...pasti bertemu" kata Datuk Siti Nurhaliza. Saksikan gambar dan video pertemuan antara Datuk Siti Nurhaliza dan Nur Fizura Amira di sini.
Pasti ramai yang sedia maklum tentang kejadian nahas jalanraya, Sabtu lalu di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isteri Nova Safitri Azhari, 25 serta anak bongsu mereka maut, meninggalkan dua anak perempuan mereka yang kini dijaga oleh nenek dan pak cik mereka.
mstar.com.myPelbagai gambar dan video yang memaparkan kesedihan Nur Firuza Amira, 7, dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial
Salah satu video yang menjadi viral memaparkan Nur Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza
Setelah mengetahui tentang video tersebut, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk melawat adik-beradik itu di kediaman keluarga mereka
"Setelah mengetahui tentang berita kemalangan tersebut, memang saya ingin bertemu dengan dua beradik ini. Malah, ribuan peminat saya telah meletakkan tag pada Instagram saya bersama pautan kepada video itu,"katanya.
astroawani.comDatuk Siti turut berkongsi rasa pilu dan tersentuh apabila bertemu Amira dan Aqila, namun beliau menyembunyikan perasaannya
"Saya tidak mahu menangis di depan mereka. Mereka telah lalui dugaan berat ini yang kita terima sebagai suratan takdir. Namun kita harapkan mereka tabah dan dapat menempuh hari-hari mendatang dengan lebih baik," katanya lagi.
astroawani.comSelepas video Nur Amira berhasrat bertemu Datuk Siti menjadi viral, terdapat beberapa spekulasi dibuat di laman sosial yang menyatakan bahawa Datuk Siti ingin mengambil Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat
Walau bagaimanapun, Datuk Siti menafikan laporan yang dibuat oleh sesetengah pihak itu
"Itu tidak benar. Perkara ini baru berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya, dan saya sekadar membantu setakat yang mampu," jelas Datuk Siti.
astroawani.comSelain daripada Datuk Siti Nurhaliza, beberapa artis tempatan seperti Beto Kusyairi dan Zizan Razak turut menziarahi dua beradik itu
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!