seismik

David Teo Tegur Video BCL Teguk Arak ‘After Party’, Netizen Cakap Buat Malu Muslim Je

Difahamkan, ‘after party’ itu dijalankan selepas selesai majlis resepsi.

Cover image via @davidteo99 (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Bunga Citra Lestari (BCL) yang merupakan isteri Allahyarham Ashraf Sinclair selamat dinikahkan dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana

Pernikahan pasangan itu diadakan di resort mewah di Bali. Seperti yang semua tahu, selesai akad nikah, majlis resepsi diadakan di situ juga pada malamnya. 

Acara itu dihadiri oleh pelbagai artis tempatan yang terkemuka. Namun, tular pula sebuah video yang memaparkan situasi after party majlis BCL dan Tiko yang dikecam ramai. 

Menerusi video itu, Tiko, BCL dan rakan-rakan tetamu sedang menghiburkan diri di majlis itu sambil minum air yang diisi dalam botol kaca kecil. Perkara itu mengundang persoalan ramai sehingga ada yang menganggap mereka telah melampaui batas. 

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Tindakan itu bukan saja dikecam netizen, David Teo juga tampil bersuara

David Teo memuat naik video after party BCL dan Tiko melalui Instagram.

"Bersuka ria selepas majlis pernikahan pasti ada sebabnya.

Tapi janganlah lalai dengan hiburan yang pasti ada terselitnya keburukkan. Masih ada peluang untuk jadi yang lebih baik" tulisnya.

"Malu oh aku baca, yang post ni bukan orang Islam weh, kenapa lah sebegini rupa wahai mahkluk Allah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 11K tanda suka dan 1K komen di IG, netizen turut mengecam tindakan pasangan suami isteri itu. 

Berikut merupakan komen netizen di IG:

Hm, apa komen korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: