seismik

Pak Mat Western Akhirnya Dedah Wajah Sebenar, Rupa-Rupanya Lelaki Yang Viral Baru-Baru Ni?

Hello ini bukan Pak Mat, ini Bang Mat.

Cover image via @pakmatHQ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pak Mat Western memang dikenali dengan penjualan kambing perap dan bebola daging

Siapa saja yang tak tahu Pak Mat Western kan? Video marketingnya memang menarik perhatian ramai. Dengan jemputan bintang drama dan filem terkenal, video Pak Mat Western sememangnya membuatkan penonton teruja dan rasa ternanti-nanti untuk video terbaru mereka.

Sejak mula lagi orang ramai berteka-teki siapakah milik sebenar kepada jenama ini?

Namun, baru-baru ini, Pak Mat Western telah mendedahkan kepada orang ramai muka sebenarnya di dalam satu video. Tetapi ramai pula tak percaya dengan perkara itu.

Menerusi video tersebut, Pak Mat Western dilihat menyediakan kambing perap sambil mengiklankan produk itu.

"Atas permintaan ramai, akhirnya kami dedahkan juga wajah sebenar Pak Mat" tulisnya.

Image via @pakmatHQ (X)

Netizen tidak percaya kerana wajah lelaki itu sangat familiar

Lelaki itu dikenali sebagai Fahd dan dirinya telah viral beberapa hari lepas setelah dia memuat naik videonya semasa graduasi.

Disebabkan wajahnya yang tampan, bukan hanya kaum wanita saja yang terpikat. Malah beberapa pengendali akaun syarikat terkemuka juga meninggalkan komen berbaur usikan.

Salah satunya adalah Pak Mat Western yang mengupahnya untuk merakam video pemasaran itu. Jadi, dia bukanlah Pak Mat yang sebenar.  

Image via TikTok

"Kalau nak model yang muka ada lubang-lubang sikit, jerawat sikit boleh cari saya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 4M views, 2K resposts dan 5K likes di X, netizen turut menawarkan diri mereka untuk menjadi model. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Image via @pakmatHQ (X)
Image via @pakmatHQ (X)
Image via @pakmatHQ (X)
Image via @pakmatHQ (X)

Hmm, so dah boleh tukar nama jadi Bang Mat ke?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: