Tanya Anak Esok Konvo Nak Pergi Pukul Berapa, Tak Sangka Pula Mak Pergi Buat Selamanya
Allahu, sebak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis konvokesyen merupakan majlis meraikan graduan yang telah tamat menempuhi dunia belajar
Tidak dinafikan, sebagai anak kita sentiasa ingin untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa. Oleh sebab itu, pada hari majlis konvokesyen ibu bapalah orang yang harus kita raikan bersama kerana pengorbanan mereka yang besar.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang graduan lelaki sebak kerana ibunya kembali ke rahmatullah sehari sebelum majlis konvokesyen.
Pada sehari sebelum, ibunya seronok melihat anaknya teruja. Dia siap tanya pukul berapa pergi ke majlis esok, dia juga bertanya baju apakah yang patut dipakai.
Namun, keesokan harinya ibu lelaki itu meninggal dunia yang membuatkan dia berasa sebak dan sedih tanpa kehadiran ibunya masuk ke dewan majlis konvokesyen.
"Mak cakap ingatkan alang esok ambil cuti hantarkan mak kalau tak nanti mak dapat pergi, betul mak, memang mak tak dapat pergi pun tapi mak pergi selamanya" tulisnya.
Lelaki itu juga sempat bergurau dengan ibunya untuk membelikan bunga untuknya. Namun, dia yang menabur bunga untuk ibunya di tanah perkuburan.
"Salam takziah, ya mak awak ada je dengan awak, tersenyum melihat anak dia konvo. Hubungan kita dengan orang yang telah tiada tak pernah terputus" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 261K tontonan, 12K tanda suka dan 600 komen di TikTok, netizen turut bersimpati dengan keadaannya.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!