[VIDEO] Lelaki Taiwan Menyamar Jadi Warganegara, Hasut Untuk Israel-Malaysia Berdamai
Saja nak mencetuskan isu sensitif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video menggemparkan di laman X yang memaparkan seorang lelaki Israel menemu bual seorang individu yang difahamkan mengaku warganegara Malaysia
Video itu mengisahkan temu bual seorang lelaki yang mengaku dirinya warganegara Malaysia dengan seorang lelaki Israel tentang pendapat hubungan negara Israel dan Malaysia.
Dalam video itu, lelaki yang ditemu bual beranggapan bahawa minda rakyat Malaysia telah dicemari dengan maklumat yang salah dan mengelirukan tentang negara Israel sehinggakan rakyat Malaysia begitu menentang dan membenci negara Israel.
Dia juga berkata bahawa dia berharap hubungan Malaysia dan Israel boleh dibaik pulih. Lelaki Israel itu bertanyakan mengapa Malaysia begitu benci Israel sedangkan Israel tidak tahu pun kewujudan Malaysia yang tidak strategik.
"Bahkan anak-anak israel disebut dalam al-Quran, kitab suci Islam menuntut agar kasih sayang diberikan tetapi keganasan radikal Arab berbeza daripada itu dan keganasan Arab radikal telah aktif di Malaysia sejak 75 tahun lalu untuk merosakkan minda malaysia khususnya Melayu dan Cina untuk menentang bangsa yahudi", jawab lelaki yang ditemu bual itu.
Lebih mengejutkan lagi adalah apabila dia bersetuju untuk pihak Israel membina kedutaannya di Malaysia.
Lelaki yang mengaku warganegara itu sebenarnya dari Taiwan
Lelaki yang bernama Victor Yong Jen On itu rupa-rupanya saja mengaku warganegara Malaysia kerana apabila netizen melakukan pencarian profilnya, dia tidak menunjukkan identiti Malaysia sama sekali.
Dia merupakan orang Taiwan yang menggelarkan dirinya sebagai "Zionist and Chinese Republican".
"Kita memang tak ada hubungan rasmi dengan Israel"* - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M views, 6K reposts dan 2K likes di X, netizen turut berang dengan lelaki itu yang mencetuskan isu perkauman di Malaysia.
Berikut merupakan antara komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!