Lelaki Beli 'Foto Kenangan Terindah', Dari JPN, Dapat Gambar IC Dulu Hingga Kini
Ramai nak jadikan gambar arwah mak ayah sebagai kenangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Korang pernah tak terfikir yang korang boleh lihat semula gambar IC lama korang yang dah dilupuskan lepas perbaharui IC korang? Sebenarnya kan boleh!
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki baru saja membeli 'Foto Kenangan Terindah' di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Foto itu mempunyai tiga gambar yang pernah digunakan untuk kad pengenalan kita. Dapat dilihat foto itu adalah muka kita sejak kecil iaitu daripada umur sebelum 12 tahun, selepas 12 tahun dan gambar 18 tahun ke atas.
Lelaki itu membeli foto kenangan sempena Hari Pendaftaran Negara yang berharga RM75. Apa yang best, foto tersebut didatangkan dengan bingkai.
Foto Kenangan Terindah hanya boleh dibeli pada masa tertentu saja
Rata-rata netizen turut mempersoalkan mengapa JPN tidak mengadakan promosi ini pada hari-hari biasa juga kerana ramai lagi yang nak membeli foto daripada JPN tersebut.
Bukan tu saja, malah ada juga yang tertarik untuk membeli foto arwah ayah atau ibu mereka.
"Patut diteruskan, ramai yang tak tahu tentang ni. Pasti mengambitkan kenangan, lagi-lagi jika ada yang ingin melihat gambar keluarga' - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 226K views, 1K reposts dan 2K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!