seismik

Demi Rakyat, TNB Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Sehingga Akhir Disember Ini

Dapatlah jimat sikit bil elektrik tahun ini.

Cover image via Google

Lebih 7 juta pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menikmati diskaun bil elektrik antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini

Menurut sumber, inisiatif perlanjutan diskaun oleh kerajaan itu mengutamakan mereka yang memerlukan akibat pandemik Covid-19.

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt atau sehingga RM43.60.

Manakala bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.

Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).

Pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi

Seperti yang telah diumum oleh pihak TNB, pengurangan ini adalah sambungan dari lanjutan untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Diskaun ini diberikan sebagai tanda sokongan TNB kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Walaupun dah dapat diskaun, penggunaan elektrik tetap kena berjimat okay. Jangan membazir ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: