seismik

Diburu Polis Kerana Tampar Muka Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Harap isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik.

Cover image via @nanmanjoi8715 (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Polis sedang giat mengesan individu dipercayai Yusuf Azmi dan beberapa orang yang telah memukul seorang lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial

Menurut laporan, kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di Kajang. Video yang tular di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Tidak lama kemudian seorang suspek memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti dengan beberapa rakan suspek yang melakukan tindakan sama.

Lihat video penuh itu di bawah:

Marah kerana warga asing jual baju cetak rompak miliknya

Difahamkan kejadian itu berlaku kerana lelaki warga asing tersebut dipercayai telah menjual baju cetak rompak jenama NGO miliknya.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Perkara tersebut mengganggu-gugat dan mendatangkan kekacauan terhadap ketenteraman awam kerana berlaku di kawasan awam yang terbuka.

Tambah beliau, penelitian ke atas video itu juga mendapati kumpulan lelaki tempatan berkenaan telah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Walau bagaimanapun, Yusuf Azmi telah memuat naik satu kenyataan video di laman Facebooknya dan menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian. Malah, dia juga memberitahu akan memberi kerjasama kepada pihak polis mengenai kejadian berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: