seismik

Domino's Malaysia Kesal Ada Pelanggan Tinggalkan Mesej Islamophobia Pada Resit

Rangkaian pizza itu memberitahu bahawa mereka sangat kesal dengan kenyataan biadap pelanggan tersebut.

Cover image via ADUN PH N38 Bayan Lepas (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 15 Mei, Rabu, seorang pelanggan telah membuat pesanan atas talian di Domino's Pizza cawangan Pulau Pinang. Bagaimanapun, di dalam ruangan remark penghantaran, pelanggan tersebut telah meninggalkan satu mesej yang menghina agama Islam.

Gambar resit tersebut telah tular di media sosial dan telah menimbulkan kemarahan ramai.

Dalam kenyataan hari ini, Domino's Pizza Malaysia berkata pihaknya tidak bertolak ansur ke atas sebarang diskriminasi atau komen negatif sama ada secara terus kepada pasukannya, pelanggan mahupun komuniti setempat, lapor Astro Awani.

"Kami juga kecewa apabila salah seorang pekerja kami berpendapat bahawa berkongsi resit yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan di media sosial adalah tindakan betul.

"Kedua-dua tindakan ini adalah salah dan kami mengambil langkah sewajarnya ke atas pelanggan dan pekerja terlibat," menurut kenyataan itu.

Awalnya, gambar resit tersebut tular di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter

Pada mulanya, ramai netizen menyangka bahawa juruwang outlet itu menulis mesej pada resit. Bagaimanapun, ADUN Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata beliau melawat kedai Domino's berkenaan dan membincangkan perkara itu dengan pengurusan wilayah utara dan penyelia cawangan rangkaian pizza itu, Mohd Shukri Salem.

Dalam kenyataannya di Facebook, ramai orang termasuk dirinya, salah faham dengan insiden tersebut.

"Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara online dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut," tulisnya.

"Pihak Polis telah buka kertas siasatan 298/14.Saya juga berharap agar masyarakat juga kekal tenang dan tidak termakan dengan provakasi ini.Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan

Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata mereka menerima laporan polis kira-kira jam tiga petang semalam, lapor Malaysiakini.

"Pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Selain Domino's Malaysia, ZUS Coffee juga ada mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai satu insiden, hari ini:

You may be interested in: