100 Hari Pertama Donald Trump Sebagai Presiden Bakal Saksikan 9 'Malapetaka' Ini Terjadi
Rakyat AS patut berasa takut mulai sekarang.
Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 telah mengejutkan seluruh penduduk dunia
Donald Trump, yang mewakili Republicans mengalahkan Hillary Clinton dengan undian sebanyak 279 berbanding 218 sekali gus menamatkan pemerintahan wakil Demokrat sejak lapan tahun lalu.
Trump dengan laungan kempen 'Make America Great Again' telah berjanji untuk mendahulukan rakyat. Laungan ini telah disambut baik oleh rakyat Amerika yang berasa kecewa dengan sistem sedia ada, menjadikannya calon yang paling dipercayai.
Jadi, apa yang kita boleh harapkan dari presiden Trump?
Beberapa ikrar untuk 100 hari pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat telah diutarakan oleh beliau dalam satu ucapan pada bulan lalu di Gettysburg, Pennsylvania.
Berdasarkan ucapan tersebut dan ucapan beliau sepanjang berkempen, ini mungkin beberapa perkara yang bakal kita lihat dilakukan oleh Donald Trump:
Antara isi ucapan Donald Trump:
"Regulations have grown into a massive job-killing industry. The regulation industry is one business I will absolutely put an end to on day one," kata Trump pada September.
"I am asking the American people to rise above the noise and the clutter of our broken politics, and to embrace that great faith and optimism that has always been the central ingredient in the American character. I am asking you to dream big," ucap Trump di Gettysburg bulan lalu.
100 HARI PERTAMA:
1. Bermulanya proses "mengeluarkan lebih daripada dua juta penjenayah dan pendatang tanpa izin"
2. Menafikan perjalanan tanpa visa ke negara-negara yang enggan mengambil kembali rakyat mereka
3. Memansuhkan setiap perintah eksekutif Obama
4. Sekatan ke atas pegawai-pegawai White House menjadi pelobi
5. Had penggal untuk ahli-ahli Kongres
6. Pembatalan semua pembayaran kepada program perubahan iklim PBB
7. Menggunakan wang itu untuk memperbaiki infrastruktur AS
8. Melabel China sebagai pemanipulasi mata wang
Ini dia 8 di antara banyak lagi pelan yang ramai jangkakan Trump akan laksanakan.
Dan antara yang paling popular tentunya membina tembok di sepanjang sempadan Amerika Syarikat-Mexico bagi menghalang kemasukan warganegara Mexico ke AS. Tetapi ini memerlukan masa yang lama.
Donald Trump telah berjanji untuk menghantar pulang 11 juta pendatang tanpa izin dan membina dinding di sempadan AS-Mexico.
"Saya akan membina satu tembok besar, dan tiada siapa yang membina tembok lebih baik daripada saya, malah saya akan membinanya dengan kos yang sangat murah. Tembok besar itu akan dibina di sepanjang sempadan selatan AS. Dan saya akan pastikan Mexico membayar kos pembinaan dinding itu," tegas Trump.
Hampir 3,218 kilometer memisahkan Mexico dan Amerika dan kira-kira 1046 kilometer sudah pun mempunyai kenderaan dan pagar. Untuk membina tembok ini, AS memerlukan kira-kira 339 juta kaki padu konkrit, atau tiga kali ganda dengan apa yang digunakan untuk membina Empangan Hoover.
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen di bawah.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!