seismik

Dr Amalina Bakri Terima Anugerah 'Darzi Fellowship', Ingin Berehat Daripada Media Sosial

Beliau sebenarnya kecewa dan terkilan dengan sikap masyarakat yang masih penuh dengan kebencian meskipun beliau cuba berbuat baik dan menyebarkan aura positif.

Cover image via Instagram @DrAmalinaBakri

Siapa tidak mengenali wanita beauty with brain, Dr Nur Amalina Che Bakri?

Wanita yang pernah meraih kejayaan cemerlang dengan meraih keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 itu, kini sekali lagi telah mengharumkan negara apabila dipilih sebagai antara penerima anugerah dari Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Twitter miliknya yang menyatakan dirinya telah menerima anugerah berkenaan.

Menerusi laman Instagram, doktor muda berusia 32 tahun itu telah mendedikasikan anugerah yang diterima kepada negara tercinta dan tidak lupa untuk ibunya, Sabariah Hassan.

Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di seluruh United Kingdom

Malah, beliau turut menjadi sumber inspirasi majoriti generasi muda, terutamanya golongan pelajar kedoktoran, oleh kerana kesungguhan beliau untuk menyedarkan orang ramai mengenai kesihatan menerusi laman sosial.

Kini, beliau memutuskan untuk berehat seketika daripada laman sosial bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan pakar dalam pembedahan umum dan meneruskan pengajian Doktor Falsafah (PhD)

Bukan itu sahaja, melalui beberapa rangkaian tweet, beliau juga berpendapatan bahawa walaupun kita sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.

“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor. Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.”

“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” kata beliau yang kecewa dengan sikap masyarakat yang masih penuh dengan kebencian meskipun beliau cuba berbuat baik dan menyebarkan aura positif.

Walaupun begitu, beliau masih menghargai mereka yang telah menyokong perjalanannya sebagai seorang doktor.

Selamat maju jaya Dr Amalina!

Semoga sentiasa menjadi pendorong kepada generasi muda untuk berjaya dan sekali gus membanggakan tanah air sendiri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Beberapa perkongsian dari Dr Amalina Bakri:

You may be interested in: