‘Berubat Dengan Orang Kafir Jugak’ – Netizen Perlekeh Ustaz Haron Din Terima Rawatan Di US

Orang yang sudah meninggal dunia pun ditertawakan. Astaghfirullahalazhim…

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani

Tanggal 16 September 2016 lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian insan yang sangat disanjung tinggi iaitu Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi waktu Malaysia.

Image via ikimfm.my

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat masalah jantung dan berlepas ke Amerika Syarikat beberapa hari sebelum pemergiannya untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Seperti yang diketahui, beliau juga merupakan Mursyidul Am PAS dan pengasas kepada **Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia** atau lebih dikenali sebagai **Darussyifa'**.

Namun, tanpa disangka-sangka, kematian beliau itu telah dipersoalkan sesetengah orang akan kenapa beliau ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan sedangkan beliau mempunyai Darussyifa yang dikatakan metod pengubatan cara Islam.

Sedikit tidak senang dengan kenyataan tersebut, pemuda bernama Mufarwa Farid ini, di dalam satu post di Facebook menceritakan fungsi sebenar pusat tersebut dan memberi pandangan peribadi beliau yang kami kira wajar diketahui semua pihak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu.

Image via SINAR ONLINE

Dan mungkin ramai yang tidak tahu, inilah 6 intipati penting mengenai Allahyarham dan Darussyifa':

Apa-apa pun, kami doakan semoga roh Allahyarham tenteram dan ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman. Amin ya rabbal alamin…

Al-fatihah…

Image via Astro Awani

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: