“Duyung Dalam Kuali” - Cara Wanita Ini Goreng Ikan Buat Ramai Terhibur & Boleh Relate
Siapa lagi yang goreng ikan macam ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memasak dan melakukan tugasan di dapur sudah menjadi rutin harian bagi orang perempuan
Tambahan pula di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, sudah pasti ramai yang akan melekat di dapur untuk mencuba pelbagai resepi baru bukan?
Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video tular di TikTok ini apabila cara seorang wanita menggoreng ikan mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tonggengkan ikan sebab isi dalam tak masak, dah macam duyung dalam kuali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rabiah_lee94, kelihatan dia sedang menggoreng seekor ikan dengan minyak yang sikit di dalam kuali itu.
Apa yang menimbulkan dekah adalah caranya menggoreng ikan itu jarang kita lihat iaitu dengan menonggengkan bahagian isi dan ekornya secara menegak seperti bentuk ikan duyung.
"Ayah tanya gapo dio yang duduk atas dapur tu, salah ke aku goreng ikan lagu ni? Ikan tu tak masak," katanya sambil tergelak kecil.
"Ayah pelik tu, jarang tengok ikan duyung dalam kuali haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 557K tontonan, 37.4K tanda suka dan 3K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat cara wanita itu menggoreng ikan. Malah, ada juga yang pernah menggoreng ikan seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: