“Jadi Buaian Bergerak” - Video Nurse Jaga Bayi Kuat Nangis Di Wad Ini Dipuji Netizen
Serba boleh nurse ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Profesion seorang jururawat bukanlah mudah, tambahan pula jika ditugaskan di wad bersalin yang penuh dengan ragam bayi
Kebiasaannya, bayi yang baru lahir akan menangis tak henti-henti kerana mereka masih belum selesa badan untuk menyesuaikan dengan keadaan sekeliling.
Jadi, jururawat yang bertugas perlu menolong para ibu yang baru bersalin untuk menjaga bayi mereka.
Namun, sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang nurse menjadi buaian bergerak kepada bayi meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baby tak berhenti melalak, terpaksa jadi buaian bergerak baru nak diam
Menerusi perkongsian video daripada @syeera_94, kelihatan kawannya itu sedang menggendong seorang bayi di wad bersalin.
Disebabkan bayi tersebut menangis tak berhenti, semua nurse di situ telah memujuknya, tetapi masih tidak berjaya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila nurse yang bernama Fida itu bertindak menggendong sambil menghenjutkan badannya seperti buaian ternyata berjaya membuatkan bayi itu senyap.
"Menguji kesabaran, sambil tu sis pun boleh bersenam. Semoga Allah beri ganjaran yang lebih baik untuk sis" - Wargamaya
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 621.9K tontonan, 72.5K tanda suka dan 4K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata wargamaya turut merasa kagum melihat tindakan nurse itu yang berusaha untuk menghentikan tangisan bayi berkenaan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada wargamaya di TikTok: