seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Keadaan Satu Badan Menggigil Lepas Epidural, Ramai Boleh Relate

Takutnya tengok.

Cover image via @sonyased5 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila tibanya waktu untuk bersalin, setiap wanita akan diberi pilihan sama ada nak ambil bius epidural atau tidak

Menurut kajian, setiap orang lain penerimaan badan mereka terhadap pengambil bius ini. Ianya bergantung kepada anti-bodi masing-masing.

Namun, seorang wanita telah berkongsikan keadaan badannya yang menggigil selepas bersalin akibat pengambilan epidural tular di TikTok baru-baru ini.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi pengalaman lepas lahirkan anak kedua, satu badan menggigil sebab ambil epidural

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sonya Sed, kelihatan dia sedang berada di wad bersalin dan difahamkan dia baru saja melahirkan anak keduanya.

Wanita tersebut dipercayai telah memilih untuk mengambil bius epidural bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses bersalinnya.

Walau bagaimanapun, dia dilihat mengalami kesan sampingan selepas dibius seperti badan menggeletar dan menggigil dalam tempoh masa yang lama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M tontonan, 58.4K tanda suka dan 3.5K perkongsian di laman TikTok

Malah, tinjauan di ruangan komen juga mendapati ramai para ibu yang turut mengalami keadaan sama selepas mereka mengambil epidural.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ada yang kata simptom tu normal, betul ke?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: