seismik

Spontan Tanya Pasal 'Covid-19', Ramai Terhibur Dengar Voice Note Pemuda Ini Dekat PM

"You make my day lah bro!" - Netizen.

Cover image via @arulrasheed (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika sebelum ini tular satu video memaparkan voice note seorang pemuda kepada Neelofa, kali ini dia sekali lagi berjaya meraih perhatian ramai

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan voice note pemuda tersebut ditujukan khas buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Spontan tanya pasal status negara mengenai Covid-19 siap buat lawak

Menerusi rakaman voice note yang berdurasi 1 minit 4 saat itu, pemuda bernama Arul Rasheed sekali lagi mendapat perhatian gara-gara bertanyakan tentang Covid-19 kepada Perdana Menteri.

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai adalah cara dia bercakap tidak ubah seperti sedang bersembang dengan kawan-kawannya saja.

Malah, dia dengan selamba memulakan perbualan itu dengan memanggilnya 'Dato' Din' membuatkan ramai berdekah.

"Hai Assalamualaikum Dato' Din. Ni, saya nak tanya. Malaysia ada masuk apa-apa pertandingan Covid tertinggi ke? Sebab saya rasa macam tiap-tiap bulan maintain ni enam ribu enam ribu enam ribu macam takda function je PKP ni"

"Sebab saya rasa Malaysia boleh menang ni ada dapat piala ke duit ke apa benda ke. Takda eh? Jujur eh? Takdalah, sebenarnya macam ni, saya kesian dekat peniaga-peniaga kecik yang jual keropok lekor, jual air tepi jalan apa semua tu," katanya.

"Dia buat macam member je hahahaha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih sehingga 494K views, 50.8K likes dan 6.4K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas mendengar voice note itu dan hakikatnya bersetuju dengan keadaan peniaga-peniaga kecil di waktu pandemik ini yang struggle menyara hidup.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berani ya sembang dengan PM macam kawan-kawan. Apa-apa pun kau memang lawak bro! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: