seismik

EJEN ALI Pungut Lebih RM1.8 Juta Dalam Masa Sehari, Pecah Rekod & Siap Kalahkan Frozen 2!

Hebatnya karya animasi anak tempatan kita!

Cover image via GSC

EJEN ALI THE MOVIE ternyata menjadi bualan ramai sejak pertama kali trailer filem animasi itu dikongsi kepada umum

Bukan sahaja ia memberikan aspek yang berbeza berbanding filem animasi Malaysia yang lain, malah menonton trailer filem itu sahaja sudah menarik minat orang ramai untuk menonton. 

Ditambah lagi dengan runut bunyi yang sememangnya best dan memukau, tidak mustahil untuk EJEN ALI mampu memberikan saingan hebat kepada filem-filem lain di pawagam.

Image via GSC

Menepati sasaran, EJEN ALI mencatat rekod baru bagi kutipan hari pertama filem animasi tempatan iaitu sebanyak RM1.8 juta

Image via GSC

Untuk pengetahuan, filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada 28 November 2019.

Bukan itu sahaja, EJEN ALI juga turut menduduki tempat pertama carta filem pecah panggung tempatan pada minggu tersebut di mana filem itu turut mengalahkan Frozen 2. Hebatnya! 

Selain filem itu, terdapat dua lagi filem karya tempatan yang tersenarai di dalam carta iaitu Wira di tempat ketiga manakala Pusaka di tempat kelima. Satu pencapaian yang sangat menakjubkan.

Image via GSC

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata mereka sangat terkejut dengan sambutan luar biasa diberikan penonton terhadap filem terbabit

"Kami menerima mesej daripada penonton di luar sana yang turut meluahkan rasa teruja dan bangga terhadap produk Malaysia. Ia mampu mengalahkan filem antarabangsa. Ini bukan sekadar kejayaan kami, sebaliknya kejayaan Malaysia!

"Filem Wira berada pada kedudukan ketiga manakala Pusaka pula di tempat kelima. Ia membuktikan produksi dan filem kita sudah mencapai tahap mampu bersaing, malah melangkaui prestasi produk antarabangsa," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar (dua dari kiri)

Image via GSC

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat dengan filem ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel lain mengenai EJEN ALI:

You may be interested in: