seismik

EJEN ALI THE MOVIE - Filem Animasi Lain Dari Yang Lain. Serius Best!

Kalau anda mahukan filem animasi bergenrekan aksi, EJEN ALI lah jawapannya!

Cover image via GSC

Filem animasi semakin mendapat sambutan ramai malah, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga

Lihat sahajalah kejayaan filem-filem animasi Hollywood seperti Frozen, The Lion King, Coco, Big Hero 6, Toys Story, Finding Nemo, Monster Inc dan banyak lagi. Semuanya pecah panggung. 

Bagaimanapun, kita juga boleh berbangga dengan karya animasi Malaysia yang kini mampu berdaya saing dengan filem Hollywood seperti Upin Ipin, Boboiboy dan lain-lain. Serius gempak kot!  

Upin dan Ipin

Image via Cinema.com

Berita baik buat penggemar karya animasi tempatan. Filem EJEN ALI THE MOVIE bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 28 November ini

Untuk pengetahuan, Ejen Ali merupakan siri animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih 2 juta penonton di televisyen serta mempunyai 1.4 juta pengikut di laman rasmi Youtube.

Bukan itu sahaja, sejak pertama kali ditayangkan pada tahun 2016, Ejen Ali turut melebarkan sayapnya ke stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara. 

Hebatnya! 

Image via GSC

Ikuti sinopsis EJEN ALI THE MOVIE:

FIlem ini mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo,gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.


Image via GSC

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata bahawa tahun 2019 adalah tahun karya animasi mendominasi carta industri perfileman negara

"Tahniah diucapkan kepada Wau Animation di atas karya hebat dan sumbangan mereka yang sekaligus berjaya membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. 

"Semoga peminat dan pencinta filem akan ke pawagam untuk menyokong filem Ejen Ali yang bakal ditayangkan pada musim cuti sekolah yang akan datang.” katanya.

Image via GSC

Tonton trailer filem EJEN ALI THE MOVIE di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kita sememangnya boleh berbangga dengan karya animasi tempatan:

You may be interested in: