Faizal Tahir & Hael Husaini Terima Pengiktirafan Sebagai Ikon AJL40

AJL40 akan disiarkan secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Faizal Tahir dan Hael Husaini diiktiraf sebagai ikon Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) atas sumbangan mereka dalam mencorakkan landskap muzik Malaysia

Bersempena ulang tahun penganjurannya yang ke-40, AJL40 membawa kembali Anugerah Ikon AJL40 sebagai pengiktirafan istimewa bagi menghargai pengkarya yang menyumbang kepada industri muzik Malaysia menerusi penciptaan karya, pembangunan bakat dan pembinaan ekosistem muzik tempatan.

Faizal Tahir diiktiraf atas peranannya sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit muzik dan mentor yang telah banyak membimbing serta melahirkan generasi baharu penggiat muzik.

Hael Husaini pula diiktiraf atas kejayaannya sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang konsisten menghasilkan karya berimpak tinggi, bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malah untuk pelbagai artis tempatan.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Naz Rahman dan Sissy Iman kembali berganding sebagai hos utama

Turut diumumkan ialah kembalinya Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai hos utama selepas menerima sambutan positif pada edisi lalu.

Fizi Ali bersama Fiza Frizzy pula akan mengendalikan liputan karpet merah dan belakang pentas, sekali gus membawa penonton lebih dekat dengan kemeriahan serta momen eksklusif di sebalik tabir AJL40.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Bagi mendekatkan peminat dengan barisan finalis serta memeriahkan musim AJL40, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang penganjurannya.

Antaranya ialah Meet & Greet Yang Ke-40, siri jelajah yang menemukan para finalis dengan peminat di cawangan McDonald's terpilih. Selepas Ipoh pada 12 Julai 2026, jelajah ini akan diteruskan ke Kuantan pada 18 Julai, Johor Bahru pada 25 Julai sebelum melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.

Orang ramai yang ingin menyaksikan malam kemuncak AJL40 secara langsung boleh mendapatkan tiket menerusi www.wowtix.com.my sementara tiket masih ada.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) akan disiarkan secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam menerusi TV3 dan Tonton.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: