seismik

Fasiha Latiff Dinobat Juara Watsons Malaysia's Top Influencer, Bawa Pulang RM10,000

Dan banyak lagi hadiah!

Cover image via ohbulan.com

Pertarungan pusingan akhir Watsons Malaysia’s Top Influencer di antara Fasiha Latiff, Daniel Oneil, dan Eva Natasha telah pun berakhir dengan jayanya!

Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu, akhirnya Fasiha Latiff telah dinobat sebagai juara Watsons MTI.

Acara kemuncak telah berlangsung pada 24 November 2018 yang lalu di Mazda Showroom Glenmarie.

Image via ohbulan.com

Pada pusingan akhir, ketiga-tiga finalis perlu melengkapkan TIGA cabaran yang diberi kepada mereka iaitu:

1. Costume Challenge

Untuk cabaran pertama, para finalis diberikan dua pasang costume setiap seorang. Kemudian, mereka perlu memakai salah satu costume tersebut berdasarkan undian followers yang dibuat menerusi poll Instagram masing-masing.

Image via ohbulan.com

2. Stranger Challenge

Cabaran kedua memerlukan ketiga-tiga mereka memilih sama ada mengambil selfie bersama 10 orang strangers atau meminta seorang stranger untuk belanja mereka. Pilihan kali ini juga diletakkan di tangan followers mereka di Instagram.

Image via ohbulan.com

3. Watsons' Customer Challenge

Ini cabaran yang paling susah! Para finalis perlu memilih sama ada menari di khalayak atau memberi pick-up line kepada mana-mana pelanggan Watsons. Undian juga dibuat menerusi poll di Instagram, bergantung kepada followers mereka.

Image via ohbulan.com

Acara akhir #WatsonsMTI berlangsung dengan sangat meriah!

Image via ohbulan.com

Cabaran tidak terhenti di situ. Di acara kemuncak, ketiga-tiga mereka perlu menonjolkan bakat terpendam mereka pula.

Tanpa disangka-sangka, masing-masing menyerlahkan kehebatan dengan Fasiha bermain Saxophone, Eva bermain keyboard, dan Daniel pula membuat persembahan magic yang ternyata penonton yang hadir. Power!

Image via ohbulan.com
Image via ohbulan.com

Akhir sekali, mereka juga perlu berkempen untuk meyakinkan juri Watsons bahawa mereka adalah peserta yang paling layak merangkul gelaran ‘Watsons Malaysia's Top Influencer'

Semuanya hebat-hebat belaka namun ada seorang sahaja yang bergelar juara.

Setelah dinilai, juri Watsons mengumumkan Fasiha Latiff sebagai juara, Daniel Oneil sebagai naib juara, manakala Eva Natasha pula di tempat ketiga!

Image via ohbulan.com

Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, kontrak bersama Watsons Digital Influencer selama 12 bulan, Watsons CRM point bernilai RM20,000, dipaparkan di billboard Watsons, berpeluang menyertai iklan Watsons Malaysia, dan kemunculan 5 kali di media digital terbesar Malaysia.

Tahniah Fasiha Latiff!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda terlepas kapal? Baca segalanya tentang #WatsonsMTI di bawah:

You may be interested in: