Tiga Finalis Bakal Berentap Di Pusingan Akhir #WatsonsMTI. Korang Team Mana?
Sengit!
Setelah berlangsung selama beberapa minggu, #WatsonsMTI bakal melabuhkan tirai
Pusingan akhir akan menyaksikan pertarungan sengit di antara tiga finalis iaitu Eva Natasha, Daniel Oneil, dan Fasiha Latiff.
Macam mana mereka boleh layak ke final? Jom kita recap semula cabaran 6 minggu lalu di mana 6 peserta di peringkat semi final berentap sehingga havoc satu Pavilion.
Hebat, bukan? Dalam masa 30 minit sahaja penampilan mereka boleh berubah sepenuhnya dengan hanya menggunakan produk Watsons.
Debaran semakin terasa!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pusingan akhir yang bakal diadakan secara langsung!
Cabaran terakhir akan diadakan di lokasi berikut:
Lokasi: Mazda Showroom @ Glenmarie
Alamat: 7, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Tarikh: 24 November 2018, Sabtu
Masa: 2.30pm
Apa cabaran terakhir yang menanti mereka? Jadi #teameva, #teamdanieloneil dan #teamfasihalatiff jangan lupa untuk terus memberi sokongan kepada influencer pilihan anda.